Saturday, January 11, 2025

Creating liberating content

Semua Perkhidmatan PBT Tak...

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) terus ditambah baik dalam...

Singapura Catat Rekod 50...

SINGAPURA - Atlit Singapura mencipta sejarah baharu dalam tempoh dua dekad apabila kontinjen...

SEA: Pasukan Hoki Ais...

KUALA LUMPUR - Di sebalik kekecewaan skuad hoki ais kebangsaan dibelasah 1-13 oleh...

Raja Muda Perlis Seru...

ARAU - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru umat Islam...

Ini Dia Pelukis Rasmi Khat Kiswah Kaabah

NAMA Mokhtar Alim Shaqdar mungkin kurang dikenali umat Islam namun beliau ialah pelukis kaligrafi rasmi kain kiswa, iaitu kain hitam yang menutupi Kaabah lebih dua dekad lalu.

Mokhtar menggantikan Abdulraheem Bokhari, yang meninggal dunia pada tahun 1996 dalam usia 90 tahun. Dalam petikan laporan Saudi Gazette, Mokhtar menyertai Sekolah Kaligrafi Masjidil Haram pada tahun 1978.

Beliau menuntut selama dua tahun. Pada masa itu, beliau berada di peringkat darjah empat di sekolah rendah dan kemudian berjaya menamatkan pengajiannya bagi ijazah sarjana muda dalam bidang pendidikan seni.

Mokhtar selepas itu bertugas sebagai guru kaligrafi selama 20 tahun di pelbagai tempat termasuk Universiti Umm Al-Qura sebelum meraih ijazah Sarjana Kaligrafi dan pernah mengajar mengaji di Masjidil Haram.

Lelaki ini turut dikenali sebagai Kaligrafi Arab yang disegani di Makkah. “Salah seorang guru saya ada menyarankan agar saya bertugas sepenuh masa di Kilang Kiswa dan saya menyertainya pada tahun 2003 lalu.

“Saya memperkenalkan idea untuk penggunaan komputer bagi mencetak kaligrafi. Namun semua seni kaligrafi yang muncul di kiswa Kaabah sekarang sebenarnya adalah hasil karya Allahyarham Bokhari.

“Saya hanya melakukan sedikit modifikasi dan menulis nama Raja Abdullah dan Raja Salman. Saya juga menambahkan beberapa seni kaligrafi pada beberapa bahagian kain,” kata Mokhtar kepada Saudi Gazette.


Sebilangan individu berpendapat ayat-ayat Quran di kain kiswa perlu ditulis setiap tahun. Bagaimanapun, kilang berkenaan sudahpun mempersiapkan beberapa templat bagi kegunaan pada masa depan.

Juga terdapat beberapa fasa berbeza bagi menyediakan templat tersebut, dedah Saudi Gazette. Pertama sekali, teks itu ditulis di atas sekeping kertas, kemudian ia diproses ke dalam sistem komputer oleh seorang pelukis grafik.

Teks yang diproses itu kemudian dicetak pada kertas lut sinar, yang digunakan sebagai templat dan kemudian dihantar ke bahagian penyulaman untuk staf sulaman menjahit kain kiswa dengan benang emas dan perak.

Ternyata, teknologi komputer moden ketika ini sudah banyak membantu kilang kelambu kaabah tersebut menyimpan data templat daripada terhakis ‘ditelan arus zaman’. – Agensi

Kategori