Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bekas TKP JPJ Tukar...

PUTRAJAYA - Bekas Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),...

F1 Masih Relevan Di...

KUALA LUMPUR - Penganjuran perlumbaan kereta Formula 1 (F1) masih lagi relevan walaupun...

Gesa Sekatan Ekonomi Ke...

KHARTOUM - Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan pada Isnin menggesa agar sekatan ekonomi...

Penggunaan Ganja Dalam Perubatan...

MELAKA - Penggunaan ganja atau 'cannabis' untuk tujuan perubatan perlu disertakan dengan fakta...

Wow… Ini Model ‘Fashion Show’ Ke Atau Kabin Krew?

WOW! Rekaan terbaru uniform salah sebuah syarikat penerbangan di China telah berjaya mencuri perhatian dunia. Rekaannya yang begitu “boom” dan unik membuat kami terpaku, ini pertunjukan fashion atau kabin krew penerbangan?

Sebuah syarikat penerbangan di China, Hainan Airlines telah memperkenalkan rekaan uniform yang unik serta “stylish” untuk pramugara dan pramugari di sana. Sekali pandang, uniform tersebut seperti pakaian yang dikenakan dalam pertunjukkan fashion show tapi sebenarnya tidak!

Penghasilan uniform tersebut adalah hasil kerjasama antara Hainan Airlines dengan pereka fesyen Lawrence Xu di mana menjadikan pakaian tradisional China ‘Cheongsam’ sebagai ilham rekaannya.

Wow... Ini Model 'Fashion Show' Ke Atau Kabin Krew?

“Kerjasama antara Hainan Airlines dan Lawrence Xu adalah untuk menaikkan lagi industri di China. Kami bukan sahaja memperkenalkan uniform baru tapi juga menunjukkan imej Hainan Airlines ke mata dunia. Terutama sekali perjalanan antarabangsa, kami ingin penumpang kami tahu bahawa China adalah negara yang moden dan trendy,” kata Xu Fei, yang merupakan pengarah jenama bagi syarikat penerbangan tersebut.

Keunikan uniform ini telah menjadi trending di sosial media apabila rata-rata netizen mengagumi hasil rekaan avant-garde yang diterapkan dalam penghasilan uniform tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Wow... Ini Model 'Fashion Show' Ke Atau Kabin Krew?


Wow... Ini Model 'Fashion Show' Ke Atau Kabin Krew?

Wow... Ini Model 'Fashion Show' Ke Atau Kabin Krew?

Wow... Ini Model 'Fashion Show' Ke Atau Kabin Krew?

Kategori