“Ini Janggut Rajinikanth Bukan Taliban” – KJ

“INI bukan janggut Taliban, tuan-tuan. Ini janggut Rajinikanth (pelakon terkenal India),” kata Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin semasa berucap dalam ceramah di Kampung Sega, Rantau baru-baru ini.

Gurauan bekas Menteri Belia dan Sukan itu disambut dengan ketawa para penyokong Barisan Nasional (BN) yang hadir pada malam itu.

Ramai dapat meneka bahawa Khairy mengaitkan imej baharunya itu dengan kenyataan pemimpin DAP, Nga Kor Ming yang sebelum ini menuduh kerjasama UMNO dan PAS akan mewujudkan pemerintahan ala Taliban, sekiranya menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-15.

Isu kerjasama UMNO-PAS tidak terlepas daripada menjadi modal kempen Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau ketika ini.

Beberapa pemimpin PH secara terang-terang menyifatkan kerjasama yang bermula sejak PRK Cameron Highlands dan Semenyih – kebetulan kedua-duanya dimenangi BN – akan meminggirkan kaum bukan Melayu.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ceramah bersama masyarakat India cuba menjolok agenda dua parti Melayu Islam itu kepada mereka yang hadir di Dewan Taman Angsamas, Sabtu lalu.

“Aci kena ingat, kita lawan Tok Mat (Datuk Seri Mohamad Hasan) dia campur (berkawan) sama PAS, dia mahu jaga ‘hidup Melayu!’. Orang India letak mana, Cina mana? PH ada semua kaum. Adakah nak serah negeri ini kepada UMNO-PAS atau PH?” soalnya.

Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu dalam ceramah di Taman Kelab Tuanku, Mambau pula meremehkan kerjasama itu dan menganggap kedua-dua parti berkenaan hidup atas dasar perkauman.


Jika diteliti kenyataan mereka, hakikatnya PH sebenarnya goyang dan tidak memandang mudah momentum kerjasama itu. Kemenangan di Semenyih khususnya, secara jelas menampakkan keyakinan besar rakyat kepada gabungan UMNO-PAS.

Walaupun kerjasama itu dipersendakan, hakikatnya orang Melayu tidak sependapat dengan para pemimpin PH berkenaan. Banyak isu yang membuatkan orang Melayu tercabar sejak akhir-akhir ini. Institusi raja diusik, agensi Islam dan agenda ekonomi Melayu dicacamarbakan.

Dalam masa sama, ramai yakin ikatan UMNO-PAS tidak sesekali akan memangsakan bukan Melayu. Ini kerana ia turut diterima baik parti komponen dalam BN seperti MCA dan MIC. Mereka yakin tuduhan terhadap kerjasama itu tidak benar.

PRK Rantau telah menyaksikan pemimpin dan pengikut MCA, MIC, IPF, Makkal Sakti boleh duduk dan berkempen bersama PAS. Pengundi kaum India dan Cina juga datang ke ceramah UMNO dan PAS tanpa rasa curiga.

Mereka tidak kisah mendengar takbir dilaungkan semasa ceramah. Mereka sedar, label ‘Taliban’ hanya momokan parti politik tertentu. Mungkin mereka lebih berminat mahu tahu kenapa Khairy menyimpan janggut seperti Rajinikanth. – UTUSAN ONLINE

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

SPRM Tahan Pengurus Syarikat Kemuka Butiran Palsu Kerja Baiki Jambatan

BATU PAHAT: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Batu Pahat menahan seorang pengurus sebuah syarikat...

Syarikat AS Diharap Raih Peluang Pelaburan Dari RCEP

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap perniagaan Amerika Syarikat (AS)...

Kerajaan Disaran Tanggung Kos Beli Pelekat RFID

KUALA LUMPUR: Kerajaan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan Touch 'n Go (TNG) disaran menanggung...

Bank Dunia Lulus Dana Pendidikan Kemboja

PHNOM PENH: Bank Dunia meluluskan pembiayaan baharu untuk membantu Kemboja meningkatkan akses yang adil...

Pulau Burung Diisytihar Kawasan Bencana Tahap Satu Susulan Kebakaran

NIBONG TEBAL: Tapak pelupusan sampah di Pulau Burung yang terbakar sejak lebih seminggu lalu...

DAKN Bakal Payungi Pembangunan Agrikomoditi Negara

PUTRAJAYA: Sektor Agrikomoditi sudah menyediakan peluang pekerjaan kepada ramai rakyat Malaysia sejak berdekad lalu,...

Agong Perkenan Tubuh RCI Siasat Isu Tabung Haji – Wan Junaidi

KUALA LUMPUR: Kerajaan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah...