Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pengusaha Pelancongan Diminta Tingkat...

IPOH - Pengusaha pelancongan di Kuala Sepetang, Taiping diminta mengekalkan mutu perkhidmatan produk...

MPT Tingkat Kebersihan Cegah...

TAIPING - Majlis Perbandaran Taiping (MPT) sentiasa meningkatkan tahap kebersihan termasuk menjalankan gotong-royong...

Aidiladha Disambut Meriah Namun...

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh negara hari ini menyambut Hari Raya...

‘Anugerah Kampung Boy’ Iktiraf...

PUTRAJAYA - Kelab Kartunis Malaysia (KKM) akan menganjurkan satu majlis penganugerahan khas 'Anugerah...

‘Ini Masa Untuk Saya Kumpul Duit, Aset’ – Izzue Islam

KERANA jadual kerja terlalu padat dan sentiasa sibuk menguruskan kerja, pelakon Izzue Islam mengakui tidak mempunyai masa yang cukup untuk berehat waima bercuti panjang.

Menurut Izzue, atau nama sebenarnya Muhamamd Izzul Islam Mazlan, 26; buat masa ini dia mahu mengumpul seberapa banyak simpanan dan aset selagi dirinya masih diperlukan dalam industri hiburan.

“Alhamdulillah rezeki saya sentiasa ada dan saya tidak akan melepaskan apa-apa tawaran yang diberikan. Bagi saya, selagi saya mempunyai kudrat dan mampu untuk bekerja, saya akan lakukan.

“Ini adalah masa untuk saya mengumpul duit dan aset kerana siapa tahu satu hari nanti tawaran yang diberikan akan berkurangan atau saya sudah mula fokus kepada perkara lain,” katanya kiepada mStar Online.

Tambahnya, dia turut menganggap peluang untuk bercuti bersama peminat-peminat yang ditaja oleh Safir Go Travel ke Jepun pada November depan sebagai salah satu cara untuk dia berehat.


“Walaupun saya tidak pernah bercuti dengan isteri ke luar negara tapi kami berpeluang bercuti bersama peminat beberapa kali.

“Saya rasa ia seperti bercuti juga dan itu sahaja masa saya ada untuk bersama peminat dan ia adalah sesuatu yang menyeronokkan. Untuk saya, itu sudah dikira seperti bercuti,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori