Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Teknologi Inovasi Pertanian Aspirasi...

SERDANG - Penggunaan teknologi dan inovasi pertanian menyeluruh selain penghasilan benih dan tanaman...

JPJ Perlis Buka Nombor...

KANGAR - Seorang kontraktor sanggup datang dari Muar, Johor semata-mata untuk membida nombor...

PM Najib Puji Felcra...

KUALA LIPIS - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menzahirkan...

Duta Besar Korea Utara...

PELABUHAN KLANG - Duta Besar Korea Utara di Malaysia Kang Chol biadap dalam...

Ini Punca PAS Enggan Boikot Pembentangan Bajet 2017

KETIKA Pakatan Harapan disertai DAP, PKR dan PAN menunjukkan kebiadaban dengan keluar daripada Dewan Rakyat ketika Bajet 2017 dibentangkan, PAS pula mengambil pendirian berbeza.

Tegas Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan yang dipetik portal AgendaDaily, meskipun ada beberapa perkara yang tidak dipersetujui, namun ia seharusnya dikemukakan dengan cara yang lebih baik dan ilmiah.

“Ada perkara yang mungkin kita tidak bersetuju dalam kandungan Bajet 2017 ini, namun cara kita ialah dengan mengemukakan pandangan dan hujah bantahan secara lebih ilmiah ketika sesi perbahasan berlangsung.

“Ada perkara yang baik untuk rakyat dan negara dalam Bajet 2017. Malah peraturan di Dewan Rakyat ini, jika kita tidak setuju pun, kita boleh pilih undi untuk menolak masa sesi pengundian,” katanya dalam satu kenyataan.

Nasrudin yang juga Ahli Parlimen Temerloh mengulas tindakan beberapa wakil pembangkang Pakatan Harapan biadap keluar dewan semasa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan Bajet 2017 pada Jumaat.

Tambah beliau, sikap PAS ini juga berasas dengan mengikut Peraturan 41 (1) (e) iaitu sewaktu seseorang ahli itu berucap dalam dewan, semua ahli lain hendaklah diam dan tidak boleh mengganggu dengan cara kurang adab.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Idris Ahmad menjelaskan yang parti Islam itu tidak terlibat dengan perancangan parti pembangkang lain yang bawa plakad ‘Siapa MO1?’ dan keluar awal daripada dewan.

“Kita tidak tahu langsung tentang perancangan itu, kita juga tidak terlibat, kita tunggu sampai habis pembentangan kerana kita hormat pada peraturan mesyuarat, kita hormat kepada Speaker dewan dan kepada ahli parlimen lain.

“Kalau tidak bersetuju sekalipun dengan kandungan Bajet 2017, kita ada cara kita sendiri,” katanya yang juga Naib Presiden PAS dan Ahli Majlis Syura Ulama PAS ketika ditemui pemberita di Lobi Parlimen, lewat Jumaat.

Bagaimanapun, kecuali Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, rakannya sendiri, Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Shafie Apdal pula enggan berbuat demikian.

Beliau yang juga Presiden Parti Warisan Sabah, pembangkang baharu selepas mengumumkan keluar UMNO baru-baru ini tetap berada dalam dewan bersama-sama Ahli Parlimen Bebas Bandar Tun Razak, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Baca: Pembangkang ‘Berpecah’ – PAS, Shafie Enggan Boikot Bajet

Juga: Tindakan Pembangkang Keluar Dewan Aibkan Imej Parlimen

Lagi: Pembangkang Mahu Anggap Parlimen Sebagai Sarkas – Salleh

bajet1

Tindakan sekumpulan wakil Pakatan Harapan keluar dewan sewaktu pembentangan Bajet 2017 turut mendapat kritikan banyak ahli parlimen lain dengan menyifatkan ia sebagai perlakuan biadap tidak menghormati Parlimen.

Najib yang juga Menteri Kewangan menyerahkan semula kepada rakyat untuk menilai sendiri perangai buruk Ahli-Ahli Parlimen pembangkang Pakatan Harapan itu ketika beliau berdiri membentangkan Bajet 2017.

“Mereka memalukan diri sendiri di mata rakyat. Saya yakin rakyat dapat nilai perangai mereka. Kalau hendak amal demokrasi, kita mesti hormat proses demokrasi,” kata Najib ketika ditemui wartawan di lobi Parlimen.

“Di negara maju kita boleh berbeza pendapat tapi mereka (pembangkang) tidak berkelakuan sedemikian. Tindakan ini juga mengaibkan imej Parlimen. Kita mesti menghormati orang yang walaupun berbeza pendapat dan ideologi.

“Tetapi kita kena sopan dan tujuk tingkah laku mulia kerana kita adalah pemimpin tidak kira pembangkang atau kerajaan. Jadi pemimpin kenalah tunjuk tingkah laku yang baik, perangai baik supaya kita dihormati rakyat.

“Sistem demokrasi Parlimen kita mesti jaga juga. Rakyat mesti menilai perangai mereka dan kena buat keputusan apabila sampai masanya,” tegas Najib lagi merujuk pilihan raya umum sebagai tempat rakyat memilih wakil mereka.


Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang juga Naib Presiden UMNO dalam pada itu berkata, tindakan pembangkang khususnya daripada Pakatan Harapan itu amat keterlaluan dan memalukan.

“Tidak senonoh, tidak bertanggungjawab dan tidak pernah terjadi dalam sejarah Parlimen negara kita ketika pembentangan bajet. Ini adalah gimik yang memalukan kita,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Sembrong.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang juga Presiden MCA pula menyifatkan tindakan nekad keluar Dewan Rakyat itu hanyalah sebagai helah pembangkang untuk menarik perhatian masyarakat kepada mereka.

Beliau berkata pembangkang sudah biasa menggunakan taktik berkenaan, namun rakyat lebih bijak menilai tindakan mereka. “Ini helah pembangkang, rakyat sedang lihat bajet penting negara, tetapi mereka bersandiwara.”

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa pula menyifatkan tindakan kumpulan Pakatan Harapan berkenaan sebagai idea lapuk pembangkang untuk menarik perhatian.

“Ini bukan pertama kali mereka bertindak keluar ketika sesi Dewan Rakyat berlangsung, kita sudah mengagak akan ada sesuatu drama yang ingin mereka lakukan apabila sudah ketandusan idea sendiri,” kata beliau lagi.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar pula berkata perbuatan ahli-ahli parlimen pembangkang itu sebagai sangat biadap dan terang telah melanggar Peraturan Mesyuarat 41 (1).

“Selama 21 tahun saya jadi ahli parlimen, ini pertama kali berlaku dan tindakan keluar parlimen tidak menghormati institusi berparlimen. Macam mana mereka nak menghormati perlembagaan dan peraturan negara sendiri?

“Walhal masing-masing sudah bersumpah! Peraturan dewan pun mereka tidak hormati. Bajet ini juga membayar elaun mereka, adakah mereka tidak bersetuju tidak ada elaun?” soal Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Azalina Othman Said yang juga Ahli Parlimen Pengerang menganggap tindakan kurang ajar ahli-ahli parlimen pembangkang yang keluar Dewan Rakyat itu tak ubah seperti gengster.

“Siapa yang tak puashati, bahaslah nanti dalam Dewan Rakyat. Jika mereka berkelakuan begini, apa bezanya dengan gengster-gengster di luar sana?” tanya beliau yang turut bertanggung jawab dalam urusan hal ehwal Parlimen.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Ahli Parlimen Bera pula menganggap perbuatan jelik kumpulan pembangkang tersebut seolah-olah memang telah dirancang lebih awal.

“Mungkin seperti dirancang sebab mereka ada bawa plakad. Kalau benar, mereka memang tidak peduli apa yang dibentang dalam Bajet 2017. Mereka tidak tunjuk kematangan. Inilah standard pembangkang negara ini,” katanya.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamalauddin yang juga Ahli Parlimen Rembau pula menyifatkan tindakan nekad pembangkang tergamak melakukan kekecohan sebagai cukup memalukan dan langsung tidak profesional.

“Malangnya mereka tidak profesional. Patut tunggu sampai habis. Bajet ni berlaku setahun sekali, kalau tidak berminat mereka boleh berdebat nanti,” katanya yang juga Ketua Pemuda UMNO. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori