Saturday, November 30, 2024

Creating liberating content

Potong Telinga Anak Selepas...

ENTAH apa yang merasuk lelaki ini sehingga dia sanggup menetak dua telinga anak...

DSV Diberi Tempoh Seminggu...

KUALA LUMPUR - Jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) diberi tempoh tujuh hari,...

Perintah Berkurung Di Esszone...

KOTA KINABALU - Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat...

Inisiatif Menu Rahmah Perlu...

Kuala Lumpur : Rata-rata mahasiswa dan pengusaha kafeteria bersetuju dengan cadangan Menteri Pendidikan...

Ini Rupa-Rupanya Rahsia Awet Muda Aznil Nawawi…

MESKIPUN meniti usia 55 tahun, pengacara terkenal tanah air, Datuk Aznil Nawawi atau mesra disapa sebagai Pak Nil masih lagi kelihatan muda dan menawan.

Sudah pasti ramai tertanya-tanya apakah rahsia penjagaan kesihatan dan kulit yang diamalkan oleh selebriti lelaki popular itu untuk kekal muda kan?

Menjawab persoalan itu, Pak Nil berkata, sejak kecil beliau sememangnya tidak boleh duduk diam dan sentiasa menceriakan hari-harinya dengan pelbagai aktiviti serta kerja yang menuntut pelbagai komitmen.

“Alhamdulillah bersyukur pada usia ini saya tiada sebarang penyakit kronik. Saya daripada kecil tidak boleh duduk diam. Sentiasa ada tenaga tinggi untuk melaksanakan aktiviti,” katanya dipetik sebuah portal Online, hari ini. 

Jelas Pak Nil lagi, sejak berusia 12 tahun beliau sudah menitikberatkan soal penjagaan wajah kerana telah menyimpan impian untuk bergelar seorang pengacara yang mana mementingkan penjagaan imej pada setiap masa.


“Malah, bagi saya sebagai selebriti, saya wajib menjaga imej dan kesihatan. Sebab itu, sejak usia 12 tahun saya sudah mulakan rutin kecantikan. Saya ada jenama sendiri jadi kena jaga.

“Mungkin dari segi fesyen, saya tidak boleh untuk mencuba itu dan ini. Yalah, kena sesuai dengan usia juga kan. Tetapi sekurang-kurangnya, kita kena tahu apa yang terbaik untuk kita,” jelasnya.

Ohhh… Itulah rupa-rupanya rahsia Pak Nil kekal muda. Apapun, kami di Mynewshub mendoakan agar Pak Nil terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi ya! – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori