Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Peneroka Kecewa Tindakan Pentadbiran...

JOHOR BAHRU - Jawatankuasa Perundingan Peneroka (JKKP) Felda hari ini menyatakan rasa kecewa...

Memandu Sambil Main HP...

ADAKAH anda merupakan salah seorang di kalangan pemandu yang gemar melihat telefon bimbit...

Suami Bakar Diri Dan...

TAIWAN – 'Malam ini, semua orang akan mati bersama-sama’ merupakan jeritan akhir oleh...

‘Ola Bola’ Kenangan Manis...

KOTA KINABALU - Datuk Hassan Sani dan James Wong, antara wira bola sepak...

Insentif Buat Pasukan Harimau Malaya Dipertimbang

KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan sedang mempertimbang bentuk galakan atau insentif yang boleh diberi kepada pasukan bola sepak Harimau Malaya yang muncul naib juara kejohanan Piala AFF Suzuki 2018 Sabtu lepas.

Timbalan Menteri berkenaan, Steven Sim berkata pencapaian yang ditunjukkan itu adalah hasil latihan dan program yang dijalani pemain sebelum ini.

“Walaupun kita tidak dapat menjulang piala itu namun dalam hati seluruh rakyat Malaysia terutama peminat bola sepak, pemain-pemain kita sudah menjadi juara.

“Mereka telah menunjukkan prestasi yang cukup hebat dalam kejohanan ini. Bentuk galakan akan diumumkan selepas keputusan mengenainya dimuktamadkan,” kata Sim di lobi Parlimen hari ini.

Vietnam menjuarai kejohanan itu apabila menundukkan Malaysia dengan agregat 3-2 dalam aksi final yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 11 Dis dan Hanoi pada 15 Dis lalu. – BERNAMA

Kategori