Tuesday, December 17, 2024

Creating liberating content

52 Ditahan Naik Motor...

KUALA TERENGGANU - Rata-rata daripada 26 pasangan tidak mengetahui menunggang motosikal dengan seseorang...

Pengecualian Cukai Untuk Pemilik...

KUALA LUMPUR - Bagi meringankan beban kewangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), kerajaan...

Kerajaan Tidak Campur Tindakan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak perlu campur tangan terhadap tindakan yang di ambil...

6 Penjuru Di Parlimen...

BALIK PULAU : Kerusi Parlimen Balik Pulau yang dianggap antara kerusi panas pilihan...

“Insiden Mata Lebam Anwar Itu Cerita Lama”

TEGAS… Tan Sri Abdul Rahim Noor berkata peristiwa ‘mata lebam’ Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 tidak relevan dalam pelantikannya sebagai fasilitator rundingan damai wilayah selatan Thai.

Menurut bekas ketua polis negara yang kelima itu turut menyifatkannya sebagai peristiwa lama dan beliau percaya kerajaan memilihnya atas peranannya ketika rundingan damai dengan Parti Komunis Malaya (PKM) pada 1989.

Rundingan di Hatyai itu menyaksikan PKM menandatangani perjanjian damai dengan kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand – dinamakan sebagai Perjanjian Hatyai – menamatkan pemberontakan lebih 40 tahun.

“Apa yang berlaku pada waktu itu (peristiwa mata lebam), waktu itulah. Tidak relevan untuk beliau (Nurul Izzah) mengaitkannya dengan pelantikan saya.

“Melainkan keputusan untuk melantik saya dibantah pihak berkuasa Thai atau MARA Pattani (wakil beberapa kumpulan militan di sana).

“Setakat ini, daripada maklum balas yang saya terima, tiada yang menunjukkan bantahan mereka. Dua pihak inilah yang penting dalam proses damai,” katanya ketika dihubungi.

Kelmarin, Nurul Izzah menyuarakan bantahan terhadap pelantikan Abdul Rahim yang disifatkannya sebagai “penyerang ganas ke atas seorang lelaki yang tidak bersalah.”


Ahli Parlimen Permatang Pauh itu merujuk kepada kes bapanya yang diserang ketika dalam tahanan polis selepas dipecat daripada kerajaan pada 1998. Gambar mata lebamnya menjadi salah satu simbol gerakan Reformasi.

Ia berikutan laporan media menyatakan bahawa Abdul Rahim akan menggantikan Datuk Seri Ahmad Zamzamin Hashim untuk jawatan tersebut.

Abdul Rahim yang menjadi ketua polis antara 1994 hingga 1999 berkata reaksi seumpama itu sudah dijangka daripada seorang ahli politik.

Beliau berkata kerajaan juga mungkin memilihnya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan dalam soal keselamatan dan sempadan. – Mynewshub.TV

Kategori