Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bagaimana Mahu Jadi Kerajaan,...

KOTA BHARU - Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah hari ini...

Kos Sara Hidup Fokus...

KUALA LUMPUR - Kenaikan kos sara hidup terus menjadi fokus para pembahas ucapan...

Bomba Tangkap Ular Sawa...

LENGGONG: Seekor ular sawa seberat 50 kilogram (kg) dijumpai di pintu empangan Sungai...

K’jaan Kelantan Sediakan Tanah...

KOTA BAHARU - Kerajaan negeri telah mengenal pasti kawasan yang sesuai untuk pembinaan...

Iqram Dinzly Dapat Hadiah Arnab Daripada Mufti

SESI pertemuan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dengan aktor Iqram Dinzly yang diadakan semalam (Sabtu) turut disertai dengan ‘buah tangan’ yang istimewa.

Zulkifli telah menghadiahkan Iqram dengan sepasang arnab yang comel serta beberapa buku tulisannya kepada Iqram dan pelakon Johan As’ari yang turut hadir pada pertemuan berkenaan.

KUNJUNGAN LIQA’ MAHABBAH @iqramdinzly DAN @johanarrif Alhamdulillah, pada petang yang mulia ini 20 Januari 2018 kami telah dikunjungi oleh saudara Iqram Dinzly dan Johan As’ari yang datang ke teratak kami. Kami mendengar banyak buah cakapannya dalam merentasi dan melayari kehidupan terutamanya isu yang berlaku dan melingkari dirinya sejak akhir-akhir ini. Kami amat memahami akan situasi yang dihadapi dan kami namakan pertemuan pada kali ini lebih kepada kunjungan serta taaruf antara kami dari pihak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dengan kedua-duanya. Sesungguhnya pertemuan yang dibicarakan dari hati ke hati boleh mengungkai sejumlah besar lingkaran kemelut kehidupan yang dihadapi. Kami yakin disana terdapat cahaya di hujung terowong kehidupan tatkala kita berpegang kepada tali Allah dengan penuh keimanan disamping makrifah ilmu dengan sedalamnya. Begitu juga kita sulami kehidupan dengan takwa dan taat. Terima kasih kepada mereka berdua dan rakan-rakan yang mengunjungi kami serta berbincang dengan kami dengan penuh kemesraan dalam liqa’ tersebut. Kami berdoa agar kita semua sentiasa ditaufiq dan dihidayahkan oleh Allah SWT. Setiap tanda ingatan yang kami berikan, sebenarnya ada hasrat tertentu yang ingin disampaikan untuk Iqram dan Johan. Kami hadiahkan beberapa buah buku tulisan kami kepada Iqram dan Johan untuk dibaca, dihayati dan diamalkan kandunganyya. Begitu juga jubah dan kopiah supaya terus istiqamah dan bersemangat dalam ibadah. Tidak lupa dua ekor arnab yang comel kami hadiahkan kepada Iqram, supaya beliau dapat meneruskan hobinya dengan lebih gembira dan tenang. Semoga hadiah yang tidak seberapa itu dapat mengikat hubungan persaudaraan kita untuk terus saling berhubung dan mengeratkan ukhuwwah. Akhukum fillah, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri Mufti Wilayah Persekutuan #santaidrzulkiflialbakri

A post shared by Datuk Dr. Zulkifli al-Bakri (@drzulkifli.albakri) on

“Setiap tanda ingatan yang kami berikan, sebenarnya ada hasrat tertentu yang ingin disampaikan untuk Iqram dan Johan.

“Kami hadiahkan beberapa buku tulisan kami kepada Iqram dan Johan untuk dibaca, dihayati dan diamalkan kandunganya.

Baca: Iqram Dinzly Sambut Baik Surat Terbuka Mufti Wilayah

“Begitu juga jubah dan kopiah supaya terus istiqamah dan bersemangat dalam ibadah. Tidak lupa dua ekor arnab yang comel kami hadiahkan kepada Iqram, supaya beliau dapat meneruskan hobinya dengan lebih gembira dan tenang,” tulisnya di Instagram.

Zulkifli berkata, pertemuan ‘hati ke hati’ itu juga dapat menjelaskan perilaku Iqram yang dikatakan semakin ‘pelik’ di media sosial akhir-akhir ini.

Beliau turut berterima kasih kepada kedua-dua aktor itu yang sudi meluangkan masa dan berbincang tentang perkara yang berlaku.


“Kami amat memahami akan situasi yang dihadapi dan kami namakan pertemuan pada kali ini lebih kepada kunjungan serta taaruf antara kami dari pihak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dengan kedua-duanya.

“Sesungguhnya pertemuan yang dibicarakan dari hati ke hati boleh mengungkai sejumlah besar lingkaran kemelut kehidupan yang dihadapi,” ujarnya.

Dalam pada itu, Zulkifli turut mendoakan agar Iqram sentiasa mendekatkan diri dengan Allah SWT.

“Kami yakin disana terdapat cahaya di hujung terowong kehidupan tatkala kita berpegang kepada tali Allah dengan penuh keimanan disamping makrifah ilmu dengan sedalamnya. Begitu juga kita sulami kehidupan dengan takwa dan taat.

“Kami berdoa agar kita semua sentiasa diberi taufiq dan dihidayahkan oleh Allah SWT,” katanya.

Pertemuan ini adalah susulan daripada surat terbuka yang ditujukan kepada Iqram pada 27 Disember lalu ,enjemput pelakon Dunia Baru itu hadir ke pejabatnya bagi membincangkan masalah yang sedang dihadapi selepas beberapa video aksi pelik menjadi tular di laman sosial. – MYNEWSHUB.CC

Kategori