Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Perkahwinan Anak Konglomerat Rusia...

PERKAHWINAN mewah pelajar jurusan kedoktoran pergigian dari Universiti Perubatan dan Pergigian Moscow dengan...

Jackie Chan Tak Percaya...

BEIJING - Pelakon terkenal kelahiran Hong Kong, Jackie Chan mendedahkan pelbagai rahsia mengenai...

Kenali Virus Zika Dan...

Pun belum habis memerangi denggi, kita kini diancam virus Zika (ZIKV). Dr Rafdzah...

273 Mangsa Banjir Di...

KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir di Kelantan berkurangan kepada 273 orang setakat...

Ismail Berpantun Sindir, Mahathir Balas Sinis

KUALA LUMPUR – Sidang Dewan Rakyat pagi ini dibuka dengan dengan pantun sindiran oleh Datuk Seri Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) ketika sesi pertanyaan jawab lisan.

Ismail yang mendapat giliran bertanya soalan pertama, sebelum itu sempat berpantun dengan menggunakan isu bekas wakil rakyat BN melompat ke Bersatu.

“Parti Perdana Menteri parti Bersatu,
Dah ramai wakil rakyat BN melompat Bersatu,
Niat PM nak kuatkan Bersatu,
Harap DAP jangan marahkan Bersatu.”

“Soalan saya nombor satu. Mohon jawapan kepada soalan nombor satu,” katanya.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang diberikan mandat menjawab soalan pertama bagaimanapun enggan kalah.


Sebelum menjawab soalan tersebut, beliau membalas pantun Ismail itu dengan kata-kata sinis yang dipercayai merujuk kepada kerjasama PAS-UMNO.

“Terima kasihlah kerana sokongan kepada parti Bersatu. Tapi ada orang yang tiru, nak bersatu dengan musuh mereka, yang mengkafirkan mereka.

“Mereka sekarang ini bekerjasama. Jadi, tak taulah sama ada kafir atau tidak,” katanya. – Sinar Harian

Kategori