Saturday, November 2, 2024

Creating liberating content

Jangka Kes Covid-19 Catat...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan kes jangkitan dalam negara akan...

Banjir Di Melaka Bertambah...

ALOR GAJAH - Keadaan banjir di negeri ini bertambah buruk apabila mangsa yang...

Artis Veteran Latiff Borgiba...

AL-FATIHAH...Pelakon veteran yang terkenal dengan watak-wataknya yang memberi kesan kepada emosi penonton, Latiff...

Hampir 2,000 Agensi Laksana...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,966 agensi kerajaan, badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan...

Istana ‘Sultan Melaka’ Di Indonesia Bakal Dibina?

KISAH seorang usahawan, Raja Noor Jan Shah dari Gombak, Selangor yang mengisytiharkan dirinya pewaris takhta Sultan Melaka sering mendapat perhatian dan kali ini dikatakan sedang membina istana di Indonesia.

MalaysiaGazette melaporkan, usahawan tersebut kini sedang meluaskan ’empayarnya’ dengan pembinaan istana.

Namun, tiada maklumat lengkap mengenai pembinaan dan lokasi tepat mengenai istana tersebut.

Noor Jan pada 2005 telah menobatkan dirinya sebagai sultan, seterusnya menuntut takhta daripada istana Melaka namun, kerajaan negeri menafikan beliau sebagai waris takhta kesultanan negeri.

Dalam pada itu, Noor Jan pernah dilaporkan kononnya menganugerahkan darjah kebesaran kepada beberapa orang individu termasuk ‘raja repot’ Rani Kulup dalam satu majlis.

Beliau kemudiannya ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Akta Hasutan berhubung dakwaan mengadakan beberapa majlis penganugerahan pingat, bintang dan darjah kebesaran yang tidak diiktiraf.


Antara lain yang turut ditahan bagi membantu siasatan adalah Rani Kulup.

Sejak kali pertama membuat dakwaan sebagai pewaris takhta Sultan Melaka pada November 2005, ada sahaja perkembangan mengenai beliau.

Noor Jan tidak pernah kendur walaupun dakwaannya dinafikan oleh banyak pihak termasuk kerajaan negeri Melaka dan Raja Ali Raja Amran, seorang waris Sultan Abdullah Mohamad 1. – MYNEWSHUB.CC

Kategori