Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pelaburan Finisar Membuktikan Keupayaan...

CHEMOR - “Finisar, syarikat peneraju teknologi global dalam komunikasi optik telah memilih Malaysia...

Tokoh PPBM Ajak 2...

KANTOI... Baru sahaja lebih dua bulan berkuasa, namun seorang pemimpin PPBM didakwa berani...

Elak Guna Individu Tidak...

JANGAN mudah meyakini tawaran mana-mana pihak yang mendakwa mereka boleh menguruskan hal percukaian...

Ketua Pembangkang Cadang Bubar...

JOHOR BAHRU - Pengerusi UMNO Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad akan mohon mengadap...

Isteri Mimpi Suami ‘Minta Tolong Bawa Naik’

KUALA BERANG – “Malam tadi saya bermimpi suami datang kata rindukan saya dan dia juga meminta tolong membawa dia naik.

“Pagi ini suami ditemui. Syukur walaupun dalam keadaan sangat menyedihkan,” kata Syarifah Ramli, 19, isteri kepada Ami Azzizol Abu Bakri, 21, yang mayatnya ditemui pada jam 7.10 pagi tadi.

Syarifah yang tidak dapat menahan kesedihan juga dikatakan rebah dan tidak bermaya sebaik melihat mayat suaminya dibawa naik ke darat.

Katanya, walaupun suaminya ditemui dalam keadaan tidak bernyawa namun dia tetap bersyukur, sekali gus mengakhiri penantian dia dan keluarga.

“Memang sangat sedih dengan apa yang berlaku, namun saya reda. Biarlah suami berehat di sana dengan tenang,” katanya ketika ditemui di perkarangan rumah mayat Hospital Hulu Terengganu, hari ini.

Sabtu lalu, Allahyarham Ami Azzizol dikatakan ke kawasan Sungai Petuang, Jeram Harimau, Tasik Kenyir, untuk berbulan madu bersama isteri dan bercuti dengan ahli keluarga mentua.

Arwah dilaporkan lemas ketika berenang di sungai hadapan rumah rakit yang disewanya jam 5.50 petang.

Syarifah berkata, beliau bersyukur Allah memperkenankan hajatnya melihat suami buat kali terakhir dan membawa pulang jasadnya untuk disemadikan.


Beliau yang melangsungkan perkahwinan dengan Ami Azzizoll pada 21 Mac lalu mengakui sangat bahagia menjalani kehidupan rumah tangga dengan arwah walaupun hanya seminggu bergelar isteri.

“Sepanjang bergelar isteri, saya benar-benar rasa bahagia malah bagi saya, dia bukan saja suami yang terbaik tetapi juga anak serta kawan yang baik,” katanya. 

Sementara itu, kakak arwah, Maizunira, 24, berkata arwah adiknya akan disemadikan bersebelahan kubur abang sulungnya, Ami Amri yang meninggal dunia akibat lemas pada tahun 2004.

“Arwah abang yang ketika itu berusia 21 tahun lemas ketika menyelamatkan sembilan rakan nelayan selepas bot gentian kaca dinaiki mereka karam di muara Sungai Dungun jam 11 malam,” katanya.

Katanya, arwah adiknya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Syed Yahya, Kampung Sungai Buaya, Dungun, hari ini. – BH Online

Kategori