Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Mangsa Banjir Kilat Di...

JOHOR BAHRU : Mangsa banjir kilat di daerah Pontian terus meningkat kepada 168...

Wanita, Majikan Cedera Lamborghini...

KUANTAN - Seorang wanita dan majikannya cedera apabila kereta mewah Lamborghini yang dinaiki...

Pengarah Kastam Perak Didakwa...

KUALA LUMPUR - Pengarah Kastam Negeri Perak Datuk Mohd Nasir Said dihadapkan ke...

5 Ditahan Baling Air...

KLANG - Lima lelaki ditahan selepas membaling air kencing dan najis lembu kepada...

Isu 2 Pendakwah Disekat, Penganjur Enggan Komen

KETIKA umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia terkejut dengan tindakan Singapura menyekat kemasukan dua pendakwah terkenal, penganjur program Islamic Cruise itu pula ‘berdiam diri’!

Sekretariat acara itu ketika dihubungi Mynewshub secara eksklusif memaklumkan bahawa pihak mereka masih lagi dalam usaha untuk cari jalan penyelesaian terbaik berhubung isu berkenaan yang berlaku di luar jangkaan.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh salah seorang kakitangan pihak penganjur yang tidak mendedahkan identitinya menerusi telefon ketika diminta mengulas reaksi dan tindakan susulan ekoran isu berkenaan.

Dalam kenyataannya dia hanya memaklumkan, pihak sekretariat program tersebut masih lagi dalam perbincangan dan belum ada lagi mempunyai sebarang langkah susulan bagi menangani pengganti dua pendakwah itu.

“Buat masa sekarang ini, pihak kami tidak boleh memberi apa-apa komen sebab kita pun masih lagi dalam perbincangan dengan pelbagai pihak untuk mencari jalan penyelesaian terbaik.

“Itu sahaja yang boleh saya beritahu ketika ini. Terima kasih,” katanya segera menutup telefon tanpa mengulas dengan lebih lanjut isu sekatan pihak pemerintah Singapura itu ketika dihubungi Mynewshub.

Semalam, Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) Singapura melarang Ustaz Haslin Baharim dan Ismail Musa Menk daripada memasuki republik itu bagi mengikuti program pelayaran dengan sebuah kapal persiaran.

Pihak berkuasa negara jiran itu mendakwa kononnya mereka pernah menyebarkan ajaran Islam yang boleh memecah belah keharmonian hidup masyarakat majmuk antara Muslim dan bukan Muslim di Singapura.


Baca: Singapura Haram Ustaz Haslin Bollywood, Mufti Menk

Program anjuran Islamic Cruise yang berpusat di Gombak, Selangor sebelum ini menerima sambutan baik daripada ribuan peserta. Malah, mereka sudah berjaya menganjurkan sebanyak 23 kali pelayaran sedemikian sejak 2014.

Tambahan pula berdasarkan semakan melalui laman web rasmi penganjur itu, Mynewshub mendapati Ustaz Haslin sendiri pernah menyertai program ini sebanyak dua kali iaitu 8 hingga 11 Mei 2015 dan 16 hingga 20 September tahun sama.

Bagaimanapun, usaha pelayaran kali ini ke Aceh, Indonesia dari 25 hingga 29 November sedikit terjejas apabila dua pendakwah terkenal itu yang sepatutnya memeriahkan acara dakwah tersebut dihalang memasuki republik berkenaan.

Juga: Disekat Masuk: Ustaz Haslin Sedia Saman Singapura

Setakat ini, tinjauan semasa menerusi akaun rasmi Facebook penganjur terbabit menunjukkan belum ada lagi sebarang tindakan yang diambil sama ada akan segera menggantikannya dengan dua pendakwah lain.

Juga tiada pula dinyatakan pihak penganjur kemungkinan Ustaz Haslin dan Mufti Menk masih lagi boleh mengikuti program pelayaran itu dengan cara dibawa masuk melalui mana-mana pelabuhan tertentu di Malaysia.

Ini kerana sekatan MHA itu hanya melarang kemasukan mereka berdua ke Singapura tetapi tidak pula melibatkan akses transit persinggahan kapal persiaran tersebut di terminal jeti Malaysia. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori