Monday, December 16, 2024

Creating liberating content

KPDNKK Beri Masa Sebulan...

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memberi tempoh sebulan...

Terima Kasih “Frontliners” LHDNM

SEBUT sahaja tentang "frontliners" kerap muncul dalam fikiran pasti petugas kesihatan, polis atau...

Patut Tangguh Sidang Dewan...

KUALA LUMPUR - Sidang Dewan Rakyat yang dijadualkan bermula Isnin depan, wajar ditangguhkan...

Mohon Sijil Halal Sebelum...

YAN - Semua pengusaha makanan di negara ini disaran untuk segera mengemukakan permohonan...

Isu Cerai: Bukan Islam Senyum Sinis

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu mengekang masalah perceraian atas alasan yang remeh dalam kalangan umat Islam seperti yang dibangkitkan pemimpin kanan DAP yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang berkata, usaha Mahkamah Syariah untuk memudahkan dan mempercepatkan proses perceraian dialu-alukan, tetapi penceraian di bawah usia perkahwinan lima tahun perlu dikekang dan di kawal oleh kerajaan.

“Jika tidak saban tahun kita akan mendengar laporan statistik perceraian yang meningkat atas alasan-alasan yang remeh yang boleh membuat orang bukan Islam tersenyum sinis kepada orang Islam,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Musa berkata, PGSM mencadangkan supaya sesi kaunseling diwajibkan kepada setiap pasangan beragama Islam yang hendak memfailkan permohonan perceraian di Mahkamah Syariah.

Menurut beliau, pasangan yang hendak memohon perceraian hendaklah melampirkan sekali laporan kaunseling atau surat pengesahan telah melalui proses kaunseling sebelum dibenarkan memfailkan tuntutan perceraian.


Kata beliau, sekiranya semasa dalam prosiding perceraian tiada bukti menghadiri Ssesi kaunseling, maka hakim hendaklah mengarahkan menghadiri sesi kaunseling terlebih dahulu sebelum kes didengar semula.

Tambah beliau, sesi kaunseling tersebut tidak perlu dihadkan di Jabatan Agama Islam Negeri sahaja, tetapi terbuka juga kepada Kaunselor-Kaunselor bertauliah yang berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM).

“Jabatan Agama Islam negeri perlu mengambil usaha mempertingkatkan tahap akademik, kualiti dan kepakaran pegawai-pegawai kaunseling di jabatan dari semasa ke semasa,” katanya. – Mynewshub.tv

Kategori