Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Separuh Kotak Hitam QZ8501...

MEMASUKI hari ke-16 misi mencari dan menyelamat pesawat Air Asia Indonesia QZ8501 yang terhempas...

Wakil Labuan Temui Zahid...

LABUAN - Anggota Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli mengunjungi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri...

Nawaz Sharif Ditahan Di...

LAHORE - Bekas perdana menteri Pakistan, Nawaz Sharif ditahan sejurus mendarat di negara...

DPPM Dakwa Subsidi Minyak...

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendakwa kerajaan sebenarnya tidak mengeluarkan...

Isu Dana RM2.6 Bilion: Kenapa Tun M Takut Jumpa Raja Saudi?

ALKISAH ketika majlis bersama Timbalan Presiden UMNO (waktu itu), Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kelab Sultan Sulaiman, Kampong Bharu, Kuala Lumpur pada akhir 2015, ramai hadirin terkejut!

Apa tidaknya, acara diadakan beberapa hari menjelang Perhimpunan Agung UMNO tersebut menyaksikan lagak gaya angkuh Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri jauh lebih pembangkang daripada pembangkang pada ketika itu.

Menariknya, beliau tampil sindir kekayaan Presiden UMNO waktu itu dan juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak konon peroleh ‘durian runtuh’ sebanyak AS$700 juta (RM2.6 bilion) daripada kerabat diraja Arab Saudi.

Mahathir tanpa segan silu perlekeh imej jutawan Asia Barat itu yang sanggup sumbang dana secara ikhlas dengan lempar pelbagai gelaran hina seolah-olah insan berhati mulia tersebut sudah berbuat dosa amat besar kepada Allah.

“Saya ingat yang derma tu mesti Tok Arab ‘bodoh’ sebab hanya orang gila sahaja akan berani buat derma benda pelik macam ni,” katanya secara bersahaja sambil disambut gelak ketawa ratusan hadirin pada majlis malam berkenaan.

Beliau menceritakan bagaimana ketika mahu bina Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) awal 1980-an cukup sukar dapat derma, waima AS$1 daripada kerajaan negara Arab dengan merayu ihsan menerusi surat rasmi.

Baca: Saudi Tetap Iktiraf UMNO, Mula Sindir PH

Sambil sifatkan orang Arab kaya-raya sebagai kedekut buat amal jariah, Mahathir turut ragui bagaimana bilionaire Timur Tengah itu boleh percaya kepada Najib dengan beri sumbangan sebegitu besar untuk kegunaan pihak UMNO.

Begitulah cara Mahathir hina musuh politiknya dengan label negatif sambil hasut benci Najib dan kerajaan Barisan Nasional (BN) sehingga fitnah jahat itu dipercayai oleh rakyat konon dana mewah tersebut ‘dicuri’ daripada 1MDB.

Hakikatnya, di sebalik pencerahan oleh Menteri Luar Arab Saudi, Adeil Al-Jubeir pada 2016, Mahathir tetap ‘pekak badak’ terima fakta sebenar demi marah Najib atas pelbagai agenda peribadi meskipun sanggup hancurkan UMNO.

Lebih lucu, ketika lawatan rasmi Raja Salman Abdulaziz Al-Saud pada 2017, Mahathir tidak berani guna peluang itu bertemu sendiri baginda untuk bertanyakan kesahihan isu derma oleh anggota kerabat diraja Arab Saudi tersebut.

Sebaliknya, Mahathir terus ‘kitar semula’ fitnah itu tanpa gentar azab dosa api neraka sebagai bahan kempen politik Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 dan menang besar hasil ‘jaja’ berita palsu tanpa henti.

Jet Raja Salman Bawa Najib Ke Saudi Disekat

Baca: Tular Zeti Sendiri Tahu Najib Dapat Dana Saudi

Beliau kemudian arah pihak polis serbu kediaman Najib di ibu negara pada malam pertama bulan Ramadan lalu dan imej berkotak-kotak barang disita termasuk wang tunai disiarkan kepada awam kononnya ia dicuri daripada 1MDB.


Allah Maha Adil! Sehingga kini tiada dakwaan terhadap Najib dikenakan berkait dengan kes 1MDB, tetapi Peguam Negara, Tommy Thomas yang ketuai barisan pendakwa raya tiba-tiba diganti orang lain malah jadi bahan jenaka!

Kelmarin, Najib mengejutkan netizen apabila dedah beberapa dokumen bukti yang dana itu derma kerabat Arab Saudi dan sebenarnya memang diketahui bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz sendiri.

Pembongkaran tidak diduga itu mungkin kurang dipedulikan Mahathir namun realitinya, beliau setakat ini tidak pula berani cakap mahu melawat Arab Saudi untuk menghadap Raja Salman berbanding Najib yang kerap ke sana.

Ibarat pepatah Melayu lama iaitu berani kerana benar, takut kerana salah, di sebalik kehebatan nama Mahathir, hubungan Putrajaya-Riyadh kini kurang mesra jika dibandingkan era Najib sepanjang sembilan tahun berkuasa.

Baca: Raja Salman Jemput Imran, Tapi Tun M…

Ada penganalisis geopolitik antarabangsa mendakwa jalinan diplomatik dua negara ini mula goyah apabila Malaysia biadab arah tutup Pusat Keamanan Raja Salman di Putrajaya dan tarik balik askar ditugas kawal Kaabah di Makkah.

Bukan itu sahaja, kuota jemaah haji tahun ini sekadar 30,200 orang berbanding zaman Najib catat lebih 40,000 orang, sekali gus membuktikan Arab Saudi ‘kurang gembira’ dengan kerajaan PH yang dasar Islamnya cacamarba.

Bayangkan selepas PRU ke-14, Raja Salman menjemput Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah melawat negara itu selain Imran Khan beberapa hari sebelum beliau angkat sumpah secara rasmi sebagai Perdana Menteri Pakistan.

Ironi, baginda langsung tidak berbuat demikian kepada Mahathir, malah tanpa dijangka pelawa pula Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang tiada apa-apa jawatan dalam kerajaan Malaysia pada sambutan Aidiladha di istananya.

Kesimpulannya, jika betul tohmahan Mahathir konon duit itu bukan derma kerabat Raja Salman, sepatutnya negara pertama dilawatinya bukan Jepun, tetapi Arab Saudi. Persoalannya, beranikah Mahathir ke sana? – Mynewshub.TV

Kategori