Sesiapapun Boleh Beri Sumbangan Pelitup Muka Pada Polis

TIDAK menjadi kesalahan bagi mana-mana pertubuhan agama atau fahaman untuk memberikan sumbangan kepada anggota keselamatan di negara ini, kata Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid.

Beliau berkata tindakan Persatuan Kebajikan Bintang Utara mewakili pertubuhan Freemasons negeri-negeri Utara Semenanjung Malaysia menyumbangkan 5,000 pelindung muka adalah bagi membantu anggota keselamatan yang bertugas sepanjang tempoh pandemik Covid-19.

“Sebenarnya, tidak menjadi masalah sesiapapun boleh bagi sumbangan kepada pihak kita, lagi pun sumbangan pelindung muka untuk diedarkan kepada pihak polis dalam menghadapi tugasan harian, kita sama-sama berjuang mengekang jangkitan Covid-19 dan mereka tampil ke depan untuk membantu.

“Saya tidak nampak ada sebab kita boleh menghalang mereka daripada memberi sumbangan kepada sesiapa sahaja kerana itu hak mereka,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada seorang pengamal media akhbar berbahasa Tamil, Letchumi Rajoo yang menghidap penyakit angin ahmar di kediamannya di Taman Desa Pengkalan di Ipoh hari ini.

Portal berita (Malaysiakini) hari ini melaporkan, Persatuan Kebajikan Bintang Utara yang mewakili pertubuhan Freemasons daripada negeri-negeri Utara Semenanjung Malaysia menyalurkan bantuan 5,000 pelindung muka kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di Ipoh pada 15 Oktober lepas.

Dalam perkembangan lain, Mior Faridalathrash berkata pihaknya bersedia membantu Polis Kontinjen Johor untuk menjejaki dua beranak berhubung kes pemalsuan dokumen surat aku janji bagi menjalankan urusan pertukaran mata wang asing yang menyalahguna nama Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Setakat ini kita belum jumpa lagi dua individu yang dikehendaki itu dan sekiranya ada info lanjut kita akan maklumkan kemudian,” katanya.

Semalam, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata pihaknya sedang menjejaki M Parameswaran, 64, dan anaknya P Kuganathan, 34, beralamat terakhir di Persiaran Jelapang 16, Taman Sibilin di Ipoh yang dipercayai terbabit dengan kes berkenaan.

Sebelum ini, media melaporkan polis Johor memburu tiga individu tempatan dipercayai terbabit dengan kes pemalsuan dokumen surat aku janji bagi menjalankan urusan pertukaran mata wang asing menyalahguna nama Tunku Ismail.

Ia membabitkan dokumen letter of undertaking pertukaran mata wang dolar Amerika Syarikat (AS$) kepada ringgit yang dipercayai palsu. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Gunung Semeru Di Indonesia Meletus

JAKARTA : Gunung berapi Semeru di daerah Lumajang Jawa Timur meletus pada jam 3.20...

Tak Perlu Ajar Wanita Apa Perlu Dipakai Seperti ‘Pelampau’ PAS

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membidas ahli jawatankuasa DAP Johor, Boo Cheng Hau...

Rusia Kerah Lebih 90,000 Tentera Ke Sempadan Ukraine

Moscow dilaporkan telah mengerahkan lebih 90,000 anggota tentera ke kawasan sempadan dengan Ukraine dan...

Kes Baharu COVID-19 Catat Penurunan

KUALA LUMPUR: Malaysia kembali mencatatkan penurunan kes baharu COVID-19 iaitu sebanyak 4,896 kes, setakat...

Pelajar Jalani Pemeriksaan Ketat Sebelum Dikesan Positif Omicron

LARUT: Seorang pelajar sebuah universiti swasta di Ipoh yang merekodkan kes pertama positif varian...

SSI Lancar Program Penajaan Anak Angkat Bantu Remaja B40

PUTRAJAYA: Sakeenah Soul International (SSI) melancarkan Program Penajaan Anak Angkat, hari ini, sebagai inisiatif...

Daiyan Trisha Positif COVID-19, Yakin Ada Hikmah Di Sebalik Ujian

PELAKON jelita Daiyan Trisha berkongsi berita duka apabila disahkan positif COVID-19. Perkara itu dimaklumkan Daiyan...