Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kami Bukan Macam Dr...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin berjanji bahawa gabungannya tidak...

Rugi Teruskan Liga-M Bulan...

BEKAS pemain Kedah dan kebangsaan, Radhi Mat Din menganggap Liga Bola Sepak Malaysia (Liga-M)...

UiTM Tak Mohon Permit...

KUALA LUMPUR - Tiada permohonan dibuat oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) atau pihak...

Pemuda Obes 286 Kilogram...

KUALA TERENGGANU - Hajat seorang lelaki obes seberat 286 kilogram (kg) untuk kembali...

Isu Gaduh Siber, Kiera ‘Kacau’ Cuti Caprice!

SELALUNYA hari Ahad merupakan hari berehat dan bersenang-lenang di rumah tanpa sebarang gangguan. Tapi, kalau terpaksa lapor diri di balai polis pada hari cuti, sudah tentu ‘berbulu’ kan?

Nampaknya perselisihan faham antara rapper dan personaliti media sosial Caprice dan bekas peserta rancangan realiti Clever Girl, Kiera sudah mencapai ke tahap yang lebih tinggi apabila wanita itu bertindak membuat laporan polis pula!

Baca: Kiera Cuak, Pertikaikan Jihad Hasil Usaha Caprice

Sejak berperang besar minggu lalu, Caprice dan Kiera dikatakan berbalas-balas serangan menerusi entri-entri sarkastik di Instagram masing-masing.

Gelombang kedua pergaduhan mereka berdua ini tercetus apabila Caprice berang pencapaian akademiknya diperlekehkan Kiera melalui satu komen yang ditulis kepada rakannya.

Caprice kemudiannya menggunakan screenshot tersebut untuk dimuat naik ke dalam Insta Storynya berserta kapsyen, LOL you’re right. Saya tak ada diploma atau degree.

“Awak? Oxford degree jual kucing.”

Entri Caprice itu seterusnya digunakan oleh Kiera sebagai bahan bukti kepada pihak polis dan kemudiannya dimuat naik semula ke dalam IG miliknya berserta satu kenyataan maaf secara terbuka.

Namun, permohonan maaf Kiera atau nama sebenarnya Noor Syakirah Mohd Azam itu seperti ‘baling batu sembunyi tangan’ dan tiada pendirian tetap kerana dia sering bertindak memadamkan postingnya apabila komen netizen menjadi terlalu hangat.

Menerusi kenyataan itu juga, Kiera menyarankan agar Caprice berhenti membuat video-video mengutuk orang dan sebaliknya, lebihkan pengisian yang berunsur ilmiah dan berfaedah seupaya mendatangkan manfaat kepada penonton muda.

Masih belum mahu merendahkan egonya, hari ini Caprice sekali lagi mengirimkan gambar berserta kapsyen berbaur provokasi yang menunjukkan dirinya berada di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Selangor.

Terjemahan: “@capriceofficial: Kamu buatkan saya pergi jauh-jauh sampai ke Shah Alam pada hari Ahad.


“Tahniah kerana ‘membekalkan’ entri-entri saya kepada pihak polis. Malangnya, walaupun kamu telah memadamkan kebanyakan komen-komen kamu menghina saya, perniagaan saya, (dan) jihad saya, ramai juga followers saya menghabiskan waktu sepanjang malam untuk menghantar kepada saya beberapa screenshot sebagai bahan bukti.

“Para peguam saya mengatakan saya mempunyai kes yang kukuh untuk mengenakan saman terhadap kamu kerana memfitnah. Dan kerana mengelirukan pihak polis.

“Namun, saya takkan melakukan itu.

“Bukan kerana saya tahu kamu takkan mampu untuk membayar saya, tetapi secara jujurnya saya tidak mempunyai masa untuk melayan orang yang dibutakan dengan sekeping kertas.

“Sikap sombong tidak akan menyelamatkan kamu.

“Komen-komen yang telah dipadamkan tidak akan menyelamatkan kamu.

“Cukup sekadar menjadi seorang yang merendah diri.

“Semoga Tuhan merahmati kamu.”

Fuh! Yang buatkan haters Caprice lebih panas punggung lagi adalah tulisan di belakang bajunya iaitu “Takde Hal Bro”, yang seakan-akan memberikan bayangan kepada Kiera bahawa dia tidak gentar dengan ‘ugutan’ yang dilakukan oleh bekas wakil Pulau Pinang itu!

Macam budak-budak pula. Sebenarnya yang salah di sini bukan Caprice mahupun Kiera, tetapi para peminat mereka berdua.

Siapa suruh gatal-gatal stalk dan jadi informer tak berbayar kepada kedua-dua mereka? Tak tahu apa yang korang dapat jadi batu api ni.

Kepada Kiera dan Caprice, harap kalian berdua akan berjumpa kata sepakat dan bermaafan antara satu sama lain. Tak elok bergaduh secara terbuka begini! – MYNEWSHUB.CC

Kategori