Monday, January 6, 2025

Creating liberating content

Jakoa Sedia Program Pemulihan...

GUA MUSANG - Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) akan menyediakan aktiviti pendidikan dan...

Kebakaran Kecil Berlaku Di...

SINGAPURA - Para penumpang penerbangan yang berlepas dari Terminal 2 (T2) Lapangan Terbang...

Agong Disambut Selaku Ketua...

KUALA LUMPUR - Tiupan nafiri 14 anggota pasukan Istiadat Diraja Tentera Darat mengiringi...

“Dakwa Saya, Keluarga, Bekas...

JOHOR BAHRU ā€“ Bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini...

Isu Pelantikan Rahim Noor: Anwar Serah Kepada Kebijaksanaan PM

BUTTERWORTH – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad diberikan ruang untuk menentukan yang terbaik berhubung isu pelantikan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor sebagai fasilitator keamanan di selatan Thailand.

Beliau bagaimanapun mengakui, apa yang terbaik itu belum tentu dapat memuaskan hati pelbagai pihak terutama yang masih tidak dapat melupakan apa yang dilakukan Abdul Rahim ketika memegang jawatan Ketua Polis Negara sebelum ini.

ā€œDalam hal ini, ia bukan hanya tentang kes Anwar (insiden mata lebam ketika berada dalam tahanan), sebaliknya, pengajaran yang boleh diambil oleh orang lain (susulan isu berkenaan),ā€ katanya.

Beliau mengulas mengenai kenyataan anak perempuannya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar yang membantah dengan keras pelantikan Abdul Rahim Noor untuk jawatan berkenaan.

Naib Presiden PKR itu dalam satu status yang dimuat naik dalam laman Twitter beberapa hari lalu menyifatkan Abdul Rahim sebagai penyerang kejam terhadap seorang lelaki yang tidak bersalah iaitu merujuk kepada insiden yang berlaku kepada bapanya ketika berada dalam tahanan. – UTUSAN ONLINE

Kategori