Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Waspada…Lima Gejala Ini Mungkin...

SEBUT sahaja perkataan 'kanser' ramai mula membayangkan kesakitan dan risiko kematian akibat penyakit tersebut.Namun...

Polis Johor Lumpuh 54...

JOHOR BAHRU - Polis Johor berjaya melumpuhkan sebanyak 54 premis judi serta merampas...

Mangsa Lemas Jatuh Di...

LABUAN - Sabah Flour and Feed Mills Sdn Bhd hari ini menjelaskan bahawa...

Wanita PKR Akui Parti...

KUALA LUMPUR - Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengalu-alukan pendirian pucuk pimpinan parti...

Izzue Amuk Lepas Fashion Show, Jenama Dianak Tiri?

BEBERAPA bulan sebelum kita menyambut kedatangan bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri, banyak majlis pelancaran jenama dan produk telah diadakan oleh beberapa selebriti tempatan.

Mereka turut mengambil kesempatan yang ada untuk menaikkan nama dan mengeluarkan ‘buah tangan’ buat peminat setia yang tidak putus-putus memberikan sokongan.

Namun, lain pula yang terjadi kepada pelakon dan penyanyi Izzue Islam apabila dikatakan dia berasa agak terkilan dengan pihak penganjur sebuah acara pertunjukan fesyen kerana dianggap sebagai tidak berlaku adil.

“Tak kenal aku takpa, tapi kena hormat brand Izzuexclusive yang masuk dalam event kau. Dah memang keje kau untuk service semua brand! Jangan cakap terlepas pandang, poster, video dan dalam aturcara pun tiada.

“Aku brand ketiga yang keluar siap perform lagi, sekeping gambar highlight pun tiada,” tulisnya di Insta Story pada malam tadi tetapi kemudian sudah dipadam selepas beberapa jam dimuat naik.

Izzue sebenarnya telah lama mengeluarkan koleksi pakaian kurta di bawah jenama Izzuexclusive tetapi dia berasa berang selepas jenama itu tidak diletakkan di setiap poster, video mahupun aturcara majlis yang diadakan semalam.

Seramai 14 selebriti lain turut hadir bagi memperkenalkan jenama masing-masing ketika majlis yang diadakan di Royale Palace Event Venue, Shah Alam, Selangor itu.

Bagaimanapun, disebabkan insiden yang tidak masuk akal itu, Izzue berasakan bahawa dia seperti dipergunakan serta hanya sekadar menumpang sahaja ketika majlis berlangsung.


Dalam masa yang sama, dia merasakan bahawa pihak penganjur tidak berlau adil serta tidak memberikan promosi secara sama rata kepada semua selebriti terutamanya kepada dirinya sendiri.

“Sumpah aku terkilan, rasa sia-sia pula. Apa-apa pun terima kasih kepada model yang sarung Izzuexclusive, maaf gambar korang tiada dalam IG mereka, diorang tak suka kot, takpa aku suka.

“Terima kasih kepada yang datang sokong brand aku, korang semua awesome, aku je yang rasa loser sekarang ni sebab diperlaku macam ni,” tulisnya lagi.

Selain itu, penyanyi lagu Muzik Tiduranku itu turut terfikir untuk menarik diri daripada terus bekerjasama dengan pihak penganjur kerana sebelum ini, dia belum pernah menandatangani apa-apa kontrak bersama mereka.

“Oh aku baru teringat!, aku tiada kontrak dengan diorang, kalau aku angkat kaki pun korang ok kan? korang masih boleh beli dalam talian di Instagram @izzuexclusive. Aku bagi service baik punya. Insyaallah tak sabotaj,” tambanya.

Antara barisan selebriti yang turut memperkenalkan koleksi raya mereka ialah Nur Fazura, Fattah Amin, Elfira Loy, Hisyam Hamid, Amira Othman, Michael Ang, Nelydia Senrose, Puteri Zarith, Wany Hasrita, Wak Doyok dan Nora Danish. – MYNEWSHUB.CC/ AH

Kategori