Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Perhimpunan Agung UMNO Sambung...

KUALA LUMPUR - Perhimpunan Agung UMNO 2015 yang masuk hari kedua hari ini,...

Draf Akta Berita Palsu...

CYBERJAYA - Draf akhir akta baharu berhubung menangani penularan berita palsu belum dibentangkan...

Anggota PPBM Bantah Calon...

KUALA KANGSAR – Pemilihan Mohamad Isa Jaafar sebagai calon Amanah untuk bertanding bagi...

RM11 Juta Naik Taraf...

KUALA TERENGGANU - Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan meluluskan peruntukan RM11...

Izzue Islam Tidak Kisah Hidup Dikawal Isteri

VOKALIS kumpulan Forteen, Izzue Islam mengakui langsung tidak kisah dikawal isteri yang juga merupakan pengurusnya iaitu Awin Nurin sekiranya ia membawa kebaikan kepada mereka.

Menurut Izzue, dikawal itu bagus namun apa yang pasti adalah ia perlu bergantung pada keadaan juga yakni haruslah menjurus ke arah kebaikan.

“Untuk pendapat saya, dikawal itu bagus. Tetapi, bergantung pada keadaan juga. Kalau kawal ke arah positif, ia memang sangat patut dilakukan.

“Contohnya kalau suami kuat boros, suka keluar malam atau kaki lepak, keadaan sebegitu bagi saya memang patut isteri kawal jika ingin hidup bahagia,” katanya dipetik Harian Metro.

Tambah Izzue, meskipun bertemu jodoh dengan wanita matang namun adalah amat penting bagi seseorang suami itu bersikap jujur terhadap isteri.

“Apatah lagi, dengan kerjaya saya sebagai selebriti, kejujuran adalah perkara utama. Dek kerana itu, apa saja yang saya lakukan mesti beritahu isteri.

“Bukan sebab saya memang dikawal atau takutkan isteri, cuma tidak mahu timbul sebarang masalah di kemudian hari dalam rumah tangga kami.


“Tambahan pula, cabaran dan dugaan seorang selebriti agak besar terutama jika berhadapan dengan gosip serta fitnah yang direka oleh mereka tidak bertanggungjawab,” tambah Izzue.

Ujar Izzue lagi, secara peribadi dia melihat tiada beza jika berkahwin dengan wanita matang mahupun muda kerana apa yang penting adalah bagaimana pasangan itu memberi kebahagiaan dan kepercayaan antara satu sama lain.

Sekadar imbas kembali, Izzue atau Muhammad Izzul Islam Mazlan dan Awin berkahwin pada 2 Jun 2013. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori