Jabatan Penjara Laksana Projek Rintis CamMuka 2.0 Jun Ini

KAJANG : Jabatan Penjara akan melaksanakan projek rintis CamMuka 2.0 di Penjara Kajang pada Jun ini bagi memastikan pengendalian banduan lebih berkesan termasuk mengelak pemalsuan identiti.

Ketua Pengarah, Datuk Nordin Muhamad, berkata ia adalah antara program yang dilaksanakan dengan kerjasama CyberSecurity Malaysia (CyberSecurity) bagi mengukuhkan keupayaan forensik siber negara membabitkan kedua-dua badan itu.

“Projek rintis ini adalah yang pertama seumpamanya dilaksanakan di penjara di Malaysia dan ia akan diperluaskan selepas ini,” katanya selepas menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Jabatan Penjara dan CyberSecurity, yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Amirudin Abdul Wahab.

Majlis disaksikan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Dalam Negeri, Datuk Mohd Sayuthi Bakar dan Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif), Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Mastura Ahmad Mustafa.

Nordin berkata, lima lagi program yang akan dilaksanakan di bawah MoU berkenaan adalah Kursus “Digital Forensics for First Responder”, Konsultasi dalam Makmal Nilai bagi Peralatan Forensik Digital, Bengkel Kumpulan Kerja Forensik Digital, penempatan kerja di Makmal Forensik CyberSecurity dan konsultasi mewujudkan makmal Forensik Digital serta membangunkan prosedur operasi standard (SOP) Forensik Telefon Mudah Alih ke arah pensijilan ISO 17025:2017.

Pada masa sama, Nordin berkata, pihaknya berharap CyberSecurity dapat membantu Jabatan Penjara menghasilkan satu kaedah yang boleh digunakan untuk memantau Orang Bebas Berlesen (OBB), Orang Diparol (ODP) dan Orang Diselia (ODS) yang ditempatkan di pelbagai sektor seperti perkilangan, perladangan, pertanian dan penternakan.

“Sehingga kini, seramai 74,879 banduan menjalani program pemulihan di luar penjara melalui Parol, Perintah Kehadiran Wajib, Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) dan Program Reintegrasi Penghuni,” katanya.


Sementara itu, Amirudin berkata, perkongsian data oleh Jabatan Penjara akan membantu CyberSecurity menambah baik teknologi pengecaman biometrik dan analitik data raya sistem CamMuka yang dibangunkan sebelum ini, dengan kecerdasan buatan (AI).

“CyberSecurity mempunyai kepakaran untuk membangunkan sistem, tetapi kekurangan data bagi meningkatkan prestasi sistem CamMuka.

“Sistem ini mampu mengenal pasti identiti suspek di dunia siber dan diguna pakai dalam penyiasatan beberapa kes, yang mana hasil analisis dibentangkan di mahkamah,” katanya.

Amirudin berkata, AI melalui CamMuka 2.0 terbukti dan disokong dengan jurnal saintifik, selain aplikasi sistem disokong SOP dan metodologi yang mengikut piawaian forensik digital seperti garis panduan ‘Scientic Working Group on Digital Evidence’.

Beliau juga percaya, penambahbaikan CamMuka akan membolehkan sistem itu dilaksanakan di semua agensi penguat kuasa di seluruh negara dan membantu pihak penguat kuasa mengenal pasti identiti penjenayah dengan lebih berkesan serta menjimatkan kos.

-Berita Harian

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Keyakinan UMNO, Kejujuran PAS

Beberapa pimpinan PAS menyatakan hasrat untuk melihat parti itu kembali bekerjasama dengan UMNO di...

PH Hipokrit Kecam PRN Johor

Pakatan Harapan (PH) mengeluarkan kenyataan rasmi mengkritik Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Gabungan parti DAP,...

32 Syarikat Dibenar Import Ayam Bulat Sejuk Beku

Jertih : Kerajaan sudah memberi kelulusan untuk mengimport ayam bulat sejuk beku ke Malaysia...

Zii Jia Kemuka Rayuan Kepada BAM

KUALA LUMPUR : Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia sudah menghantar surat rayuan...

Khamis Keputusan Rayuan Najib Kes AMMB

PUTRAJAYA : Mahkamah Rayuan akan memutuskan pada Khamis ini sama ada membenarkan atau tidak...

Pertemuan Muafakat Nasional Johor Ditangguh

JOHOR BAHRU : Pertemuan antara gabungan Muafakat Nasional (MN) negeri melibatkan Pas Johor dan...

Plus, TnG Diarah Perinci Kos RFID

KUALA TERENGGANU – Penilaian akan dilakukan terhadap caj pemasangan sekeping pelekat teknologi Identifikasi Frekuensi...