KUALA LUMPUR – Semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan diminta mengadakan Solat Jenazah Ghaib untuk Allahyarham Datuk Dr. Haron Din yang meninggal dunia semalam.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha berkata, Jakim turut mengadakan Solat Jenazah Ghaib itu di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya hari ini.
“Saya meminta semua masjid serta surau Jumaat di Wilayah Persekutuan di bawah seliaan JAWI agar turut melaksanakan Solat Jenazah Ghaib tersebut.
“Semoga roh Allahyarham Datuk Dr. Haron Din dicucuri rahmat dan ditempatkan di Jannatul Firdaus bersama golongan beriman dan bertakwa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Murysidul AM PAS itu disahkan disahkan kembali ke rahmatullah kira-kira pukul 10.10 pagi semalam.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Stanford, San Francisco, AS selepas dilaporkan menghidap masalah jantung. – MYNEWSHUB.CC