Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Ifa Raziah Akui Dapat...

TIADA angin, tiada ribut.. tiba-tiba heboh di internet menyatakan penyanyi dan pelakon Ifa...

KKM Siasat Dakwaan Remaja...

KUALA LUMPUR - Semua pihak diminta bertenang dan tidak menimbulkan kebimbangan awam susulan...

UMNO Undang PAS Hadir...

SHAH ALAM - Kerjasama politik antara PAS dan UMNO dilihat lebih erat apabila...

NGO Pembangkang Bantah Wakil...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan propembangkang, Bersih 2.0 membantah cadangan supaya individu yang ingin...

Jambatan Runtuh, Seorang Pekerja Bangladesh Maut

JOHOR BAHRU – Seorang pekerja warga Bangladesh yang sedang membina sebuah jambatan di Jalan Pengerang, Kota Tinggi dekat sini terbunuh apabila jambatan itu runtuh pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira 9 pagi ketika mangsa yang berusia 42 tahun melakukan kerja-kerja pembinaan itu bersama pekerja lain.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi mangsa apabila hanya dia seorang sahaja yang jatuh bersama jambatan itu manakala pekerja yang lain tidak terjejas.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar, Azlan Mohd Sobberi ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya menghantar seramai lapan anggota ke tempat kejadian sebaik menerima laporan kejadian pada pukul 9.44 pagi.

Menurutnya, mereka mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan mangsa dari tempat runtuhan dengan mayatnya selepas itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Punca runtuhan setakat ini masih disiasat oleh pelbagai pihak termasuk Jabatan Kerja Raya dan pihak berkuasa tempatan (PBT) Pengerang. – BERNAMA

Kategori