Tuesday, January 7, 2025

Creating liberating content

3 Sekeluarga Mangsa Letupan...

KOTA BHARU - Tiga sekeluarga mangsa letupan bom di Bangkok, Thailand pada Isnin...

Pasukan Petugas Khas Ditubuh...

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah menubuhkan Pasukan Petugas Khas...

KBS Perkenal Dua Inisiatif...

KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bakal memperkenalkan dua inisiatif iaitu...

Dyana Sofya Tanya Kamu...

KUALA LUMPUR - Kamu hisap apa KJ?.Itu sindiran Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen...

“Jangan Ada Campur Tangan Politik Dalam Kes Adib”

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap tiada sebarang campur tangan politik berhubung kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.

Jelas beliau, semua pihak termasuk dirinya mahu mengetahui kebenaran di sebalik kejadian yang menimpa anggota bomba tersebut.

“Saya amat berharap kebenaran sebenar-benarnya akan dapat kita perolehi tidak lama lagi dan keluarga Muhammad Adib akan mendapat keadilan serta tiada campur tangan politik dalam kes ini,” katanya menerusi akaun Facebooknya.

Najib berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah portal berita yang mendedahkan pihak polis sedang menyiasat dua kemungkinan berhubung punca kematian Muhammad Adib.


Berdasarkan laporan yang memetik sumber polis itu, dua kemungkinan yang menyebabkan kematian anggota bomba itu ialah sama ada dipukul atau dilanggar jentera bomba. – Sinar Harian

Kategori