Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Wenger Tolak Tawaran China...

ARSENE Wenger dilaporkan menolak tawaran bernilai £30 juta (RM165.06 juta) setahun di China kerana...

QZ8501: 4 Jenazah Diterbangkan...

PANGKALAN BUN - Empat jenazah mangsa nahas pesawat QZ8501 AirAsia Indonesia dari Hospital...

Kumpulan Militan Rancang Sabotaj...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menyatakan pendiriannya membantah penganjuran pesta...

Pulau Pinang Tak Cukup...

GEORGE TOWN: Cadangan untuk mendapatkan hakmilik tanah seluas 323 hektar bagi projek perluasan...

Jangan Guna Tandas Kami, Jangan Rampas Hak Kami

KUALA LUMPUR – Jangan guna tandas kami, jangan rampas hak kami!

Itu permintaan orang kurang upaya (OKU) Malaysia berikutan kenyataan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh mengenai tandas OKU baru-baru ini.

Aktivis Orang Kurang Upaya yang juga Pengasas Living With ALS, Fadzli Fadhilah berkata, kenyataan Fuziah menyarankan transgender menggunakan tandas OKU adalah tidak wajar.

“Membenarkan golongan transgender menggunakan tandas OKU bukan satu penyelesaian yang bijak. Membenarkan transgender menggunakan tandas OKU merampas hak OKU.

“Jika kaum wanita khuatir tentang keselamatan diri mereka, bagaimana pula keselamatan OKU yang tidak cukup kudrat untuk melawan jika terjadi sesuatu yang buruk,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Berikut kenyataan Fadzli yang seterusnya bagi membidas kenyataan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri tersebut:

“Sekarang ini, Saya ingin bertanya, golongan transgender ini, apakah ketidakupayaan fizikal mereka? Adakah Mereka berkerusi roda?

Tandas OKU itu luas bersebab. Supaya kerusi roda muat masuk.

Ada palang melekat kat dinding untuk kemudahan OKU fizikal beralih dari kerusi roda ke mangkuk tandas. Sinki dan cermin pun rendah untuk keselesaan orang berkerusi roda.


Kalau OKU fizikal berkerusi roda masuk tandas biasa, adakah semua peralatan ini disediakan? Muatkah kerusi roda untuk masuk ke tandas awam yang biasa itu?

Hanya seorang OKU boleh guna tandas OKU pada satu satu masa.

Kalau dah Transgender yang cukup sifat tiada cacat cela nak guna tandas OKU, berapa lama pula OKU harus tunggu? Kebanyakkan pundi kencing OKU tak boleh tahan lama nak tahan kencing.

Golongan transgender kalau tak selesa, Kenapa tak terus guna jamban dan tutup pintu ? Jangan kencing di urinal atau nak guna tandas OKU.

Selama ini, di manakah mereka membuang air?” – MYNEWSHUB.TV

Kategori