Ikuti Telegram Mynewshub di sini
KITA boleh setuju dan tidak setuju dengan sesiapa tetapi suka saya ingatkan diri saya dan sahabat semua agar tidak memberikan sebarang gelaran atau tuduhan buruk kepada sesiapa. Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam bersabda.
“Tidaklah seseorang melempar tuduhan kepada orang lain dengan kefasiqan dan tidak pula menuduh dengan kekufuran melainkan (tuduhan itu) akan kembali kepadanya, jika saudaranya tidak seperti itu.” [HR Bukhari (6045)]
Saya juga berharap agar sahabat tidak terlalu menyanjung saya tetapi sanjung dan sokonglah prinsip berpandukan Quran & Sunnah. Bilamana kita sokong prinsip dan bukannya manusia, maka sesiapa yang ikut prinsip yang sama kita sokong.
Namun andai kita sokong manusia tanpa prinsip, maka apa yang dilakukannya kita tetap sokong walaupun ianya salah.
Saya tidak mahu sahabat semua kecewa dengan agama hanya kerana kekurangan diri saya kelak.
Saya tidak layak mewakili Islam kerana kebenaran tidak semestinya terkumpul pada seseorang melainkan Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam.
Saya mendidik masyarakat agar tidak taasub pada tokoh selain Baginda maka dalam masa yang sama saya tidak mahu membina ketaasuban pada diri saya.
Please, jangan sesekali begitu. Saya risau kekurangan saya menyebabkan agama terfitnah. Taasub pada prinsip sahaja.
Saya faham niat baik sahabat semua menyokong prinsip yang dibawa tetapi harap boleh lebih berhati-hati dalam menggunakan perkataan supaya tidak ditanam benih ketaasuban pada saya atau tokoh lain selain Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam.
*Saya telah lama mengatakan saya bukan Ustaz. Panggil saya Brother, Bro atau saudara sahaja.
BACA : Firdaus Wong Dikecam Selepas Dedah Bukti Serangan Seksual
Video menarik :