Jangan Tergesa-Gesa Laksana Sekatan Pergerakan

KUALA LUMPUR: Masih terlalu awal untuk membuat sebarang keputusan sekatan pergerakan dan sekatan ekonomi, kerana tidak banyak maklumat mengenai varian Omicron buat masa ini, kata Pakar Kesihatan Awam Prof Datuk Dr Syed Mohamed Aljunid Syed Junid.

Beliau berkata, biarpun kemunculan varian baharu COVID-19, iaitu Omicron, agak membimbangkan, namun kerajaan diharap tidak tergesa-gesa membuat sekatan pergerakan seperti perintah kawalan pergerakan.

Setakat ini, katanya masih terlalu awal untuk mengenal pasti ciri-ciri Omicron, dan negara digesa tidak mengikuti langkah beberapa negara Eropah yang mula melaksanakan sekatan.

“Kalau lihat di Eropah, baru dalam beberapa jam lepas, United Kingdom dah buat pengumuman mengenai kuarantin ditambah kepada 10 hari dan sebagainya. Tetapi suasana di Eropah ini bukan saja disebabkan Omicron, tapi kes memang meningkat dalam dua tiga minggu sebelumnya.

“Tentang negara kita, kalau boleh cuba elakkan sekatan akan datang atau seterusnya kerana ini akan lembabkan ekonomi, beri kesan negatif. Elok lihat dulu dengan terperinci ciri-ciri khusus Omicron, dan jangan panik. Kalau panik terus tutup semua aktiviti ekonomi, ini akan beri kesan amat besar kepada sistem ekonomi negara,” katanya lagi.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pada Sabtu berkata, Kementerian Kesihatan akan terus memantau laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan negara lain berkaitan perkembangan Omicron.

Jelasnya lagi, pemantauan berterusan itu akan membantu KKM membuat keputusan bagi meluaskan sekatan pengembaraan terhadap mana-mana negara, sekiranya perlu.

Awani-

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Hujan Lebat, Ribut Petir Di Dua Negeri Malam Ini

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir bagi Negeri Sembilan...

UMNO Miliki Peluang Besar Menang PRN Johor

JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) negeri khususnya UMNO mempunyai peluang besar untuk merekod kemenangan...

PRN Johor Perlu Diadakan Kerana Kedudukan Kerajaan Negeri Rapuh

JOHOR BAHRU: Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor perlu diadakan berikutan kerajaan negeri berada dalam...

BN Atau BN Plus, Tunggu Keputusan Pimpinan Pusat UMNO – Hasni

JOHOR BAHRU: Sebarang keputusan untuk melibatkan parti-parti luar UMNO dan Barisan Nasional dalam menghadapi...

PAS Belum Putus Ikut PN Atau MN Dalam PRN Johor

KOTA BHARU: PAS mengesahkan akan menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor namun belum menetapkan...

PH Johor, MUDA Bincang Kerjasama Hadapi PRN

JOHOR BAHRU: Pakatan Harapan (PH) Johor mengadakan perbincangan dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA)...

Sultan Johor Perkenan Bubar Dewan Undangan Negeri Johor

KUALA LUMPUR: Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan menandatangani...