Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Pemandu Maut, Seorang Koma...

KOTA KINABALU - Seorang pemandu maut manakala dua yang lain cedera selepas kenderaan...

Singapura Pun Turun Kadar...

SINGAPURA - Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat Singapura (LTA) mengumumkan bermula 1 April, bayaran...

Mayat Dibunuh, Dibakar Disahkan...

KUALA TERENGGANU - Mayat tanpa identiti yang ditemukan di tepi jalan di Kampung...

Perhimpunan Bantah GST: 30...

KUALA LUMPUR - Seramai 30 individu termasuk bekas pengerusi bersama Bersih, Datuk S....

Janji Had PM Dua Penggal Ditangguh – Mahathir

JANJI untuk menghadkan jawatan perdana menteri kepada dua penggal bakal menjadi satu lagi janji Pakatan Harapan (PH) yang gagal ditunaikan.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata hari ini had dua penggal perdana menteri itu mungkin ditangguh kerana pelaksanaannya memerlukan pindaan perlembagaan yang memerlukan sokongan dua pertiga ahli Parlimen.

Janji menghadkan jawatan perdana menteri kepada dua penggal ini merupakan salah satu janji utama PH dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

“Satu perkara yang tak mungkin kita lakukan ialah perkara-perkara yang perlu pindaan perlembagaan ini tak dapat dilakukan kerana kita tak punyai dua pertiga ahli dalam parlimen.

“Misalnya, apabila kami kata kami mahukan perdana menteri memegang jawatannya selama satu penggal sahaja, kami perlu memiliki kuasa tertentu di parlimen. Beberapa perkara itu memerlukan pindaan perlembagaan.

“Ini antara punca yang menyebabkan kami terpaksa menangguhkan (janji ini) sehinggalah kami mendapat sokongan yang mencukupi,” katanya seperti dipetik Malaysiakini.


Ini bermakna sekiranya Mahathir kekal sebagai perdana menteri hingga dua penggal, beliau masih layak untuk dilantik sebagai perdana menteri seterusnya.

Ini turut menimbulkan persoalan tentang janji menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas satu tempoh peralihan.

Mahathir dipercayai ramai pihak terlibat dalam usaha menghalang Anwar menggantikannya sebagai perdana menteri selepas dua tahun.

Sekiranya Anwar gagal menjadi perdana menteri dan Mahathir kekal di jawatan itu, peluang terbuka untuknya terus dilantik ke jawatan itu. – Mynewshub.tv

Kategori