Sunday, January 5, 2025

Creating liberating content

‘Desak Bubar Parlimen, Jangan...

KOTA BHARU : Desakan sesetengah pihak agar Parlimen dibubarkan sejurus kemenangan diraih Barisan...

Nelayan Gembira Temui Semula...

TUMPAT - Sebuah bot nelayan laut dalam yang dilaporkan hilang dari pangkalan Kompleks...

Nama Allahyarham Nik Aziz...

KUALA LUMPUR - Nama bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik...

Jurucakap Osama Mungkin Di...

NEW YORK- Mahkamah Persekutuan hari ini akan mengumumkan hukuman ke atas menantu Osama...

Jen. Tan Sri Zulkifli Dilantik Panglima ATM Ke-20

KUALA LUMPUR — Jen. Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dilantik Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang baharu menggantikan Jen. Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkuat kuasa hari ini.

Majlis Serah Terima Tugas antara Zulkifli dan Raja Mohamed Affandi yang bersara wajib disaksikan oleh Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

Zulkifli, 59, pernah memegang jawatan Panglima Tentera Darat pada 2011 sebelum dilantik Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada 2013.

Anak kelahiran Port Weld, Perak itu memulakan khidmatnya dalam ATM pada 30 Januari 1978 dengan memasuki Rejimen Askar Melayu Diraja.


Selain itu, Zulkifli pernah menjadi jurulatih kanan di New Zealand Army Infantry School selama dua tahun, apabila beliau bertanggungjawab mengajar pegawai dan anggota tentera New Zealand serta negara-negara Komanwel yang lain dalam pengajian senjata, taktik dan peperangan menentang insurgensi.

Beliau juga pernah menjadi pensyarah dan jurulatih dalam pengajian pengurusan untuk pegawai tentera peringkat pertengahan di Institut Latihan dan Pengurusan Tentera Darat dari 1992 hingga 1993. – BERNAMA

Kategori