Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kadar Zakat Fitrah Terengganu...

KUALA TERENGGANU – Kadar zakat fitrah di Terengganu pada tahun ini meningkat kepada...

Scha Perkenalkan Wajah Dan...

AKHIRNYA pelakon popular Scha Al-Yahya mengotakan janjinya memperkenalkan nama dan wajah cahaya mata...

483 Laporan Polis Terhadap...

KUALA LUMPUR - Polis menerima 483 laporan polis setakat semalam berhubung kenyataan berbentuk...

Kutipan Hasil Kastam RM35.19...

PUTRAJAYA - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) memungut hasil berjumlah RM35.195 bilion tahun...

Jerebu Di Semenanjung Semakin Serius

KUALA LUMPUR – Masalah jerebu di Semenanjung dikhuatiri semakin serius hari ini, apabila 11 lokasi di beberapa negeri mencatatkan skala bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat, berdasarkan data Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), pagi ini.

Setakat jam 7 pagi tadi, dua lokasi di Kuala Lumpur mencatatkan paras IPU tidak sihat dengan Batu Muda di paras 138, Cheras (130) manakala Putrajaya mencatat IPU di paras 126.

Sementara itu di Selangor, Johan Setia mencatat paras IPU di tahap 158, Petaling Jaya (127), Shah Alam (121), Klang (117), dan IPU di Banting di paras 123.

Bacaan IPU juga semakin meningkat di dua lokasi di Negeri Sembilan iaitu Nilai dengan IPU di paras 130, manakala Seremban di paras 110.

Di Tangkak, Johor, IPU yang dicatatkan adalah di paras 109, dan IPU di Rompin, Pahang mencatat peningkatan mendadak pagi ini kepada 197 daripada 98 pada jam 9 malam tadi.

Berdasarkan laporan APIMS pagi ini juga, Sri Aman, Sarawak mencatatkan bacaan IPU sangat tidak sihat di paras 202 manakala satu lokasi mencatat paras IPU tidak sihat iaitu Samarahan di paras 132.

Kategori