Jho Low Sedang Bersembunyi Seperti Seekor Ayam – KPN

KUALA LUMPUR – Mustahil untuk ahli perniagaan paling dikehendaki, Low Taek Jho atau Jho Low keluar daripada negara persembunyian dan pergi ke Cyprus.

Itu kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dan pihaknya yakin Jho Low masih berada di negara persembunyian dan bersembunyi seperti seekor ayam.

“Mustahil dia boleh keluar dari negara persembunyian itu dengan mudah. Tidak munasabah. (Jho Low) masih berada di sini (negara persembunyiannya).

“Saya sudah bagitahu mustahil dia keluar di negara persembunyian dia. Dia menyorok macam ayam,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan buku manual siasatan dan buku arahan penyiasatan PJSJK di Maktab PDRM Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Hamid berkata, pihaknya ada menahan beberapa suspek yang memberi maklumat bahawa Jho Low cuba untuk membeli hartanah di Cyprus.

Menurut beliau, Jho Low dikesan cuba untuk menggunakan nama penduduk setempat di situ bagi urusan jual beli hartanah di negara berkenaan.

“Kita ada buat tangkapan dua minggu lepas hasil daripada tangkapan ini kita berjaya merungkai dapat maklumat bahawa Jho Low sedang berusaha untuk membeli harta menggunakan nama masyarakat di Cyprus,” katanya lagi.

Isnin lalu, Abdul Hamid pihaknya menghadapi kesukaran untuk mengesan Jho Low kerana pelbagai alasan yang tidak dapat diterima akal diberikan oleh pihak berkuasa negara yang dipercayai menjadi lokasi persembunyiannya.

Alasan itu termasuklah mendakwa ahli perniagaan dalam buruan itu sudah membuat pembedahan wajah dan kini menyerupai ‘beruang’ dan berjalan seperti ‘seladang’.

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Hujan Lebat, Ribut Petir Di Dua Negeri Malam Ini

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir bagi Negeri Sembilan...

UMNO Miliki Peluang Besar Menang PRN Johor

JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) negeri khususnya UMNO mempunyai peluang besar untuk merekod kemenangan...

PRN Johor Perlu Diadakan Kerana Kedudukan Kerajaan Negeri Rapuh

JOHOR BAHRU: Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor perlu diadakan berikutan kerajaan negeri berada dalam...

BN Atau BN Plus, Tunggu Keputusan Pimpinan Pusat UMNO – Hasni

JOHOR BAHRU: Sebarang keputusan untuk melibatkan parti-parti luar UMNO dan Barisan Nasional dalam menghadapi...

PAS Belum Putus Ikut PN Atau MN Dalam PRN Johor

KOTA BHARU: PAS mengesahkan akan menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor namun belum menetapkan...

PH Johor, MUDA Bincang Kerjasama Hadapi PRN

JOHOR BAHRU: Pakatan Harapan (PH) Johor mengadakan perbincangan dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA)...

Sultan Johor Perkenan Bubar Dewan Undangan Negeri Johor

KUALA LUMPUR: Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan menandatangani...