Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kasarnya.. Lelaki Samakan Polis...

BIADAP... seorang lelaki didapati menghina pejuang-pejuang keharmonian negara apabila menerusi status Facebook, menyamakan...

Jolie Upah Orang Pantau...

SELEBRITI popular Hollywood, Angelina Jolie mendedahkan dia kini mengupah satu pasukan keselamatan yang...

Penjaga Gol Khairul Fahmi...

TAHNIAH diucapkan buat penjaga gol bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat selepas...

Rizal Mansor Terajui Muafakat...

KUALA LUMPUR – Pegawai khas kepada Perdana Menteri Datuk Rizal Mansor dilantik sebagai...

JKNT Jejak Penerima Sijil Vaksin Palsu

KUALA TERENGGANU – Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) sedang mengenal pasti individu yang mendapatkan sijil digital vaksinasi dipercayai palsu menerusi seorang doktor di sebuah klinik swasta di Marang.

Pengarahnya, Datuk Dr Kasemani Embong berkata, pihaknya akan memberikan nasihat dan kaunseling kepada golongan berkenaan bagi memastikan mereka menerima suntikan vaksin sebagaimana yang sepatutnya.

Justeru, pihaknya akan terus bekerjasama dengan pihak polis bagi mengesan kegiatan berkenaan.

Terdahulu tembelang seorang doktor yang disyaki menjalankan aktiviti mengeluarkan sijil vaksinasi Covid-19 palsu kepada golongan antivaksin terbongkar.

Ia susulan penahanan suspek yang berusia 51 tahun pada Sabtu lalu.


Jelas Dr Kasemani, klinik swasta berkenaan dibenarkan untuk memberikan suntikan vaksinasi secara berbayar sejak September tahun lalu.

Beliau berkata, pihak masih menunggu hasil siasatan daripada polis sebelum tindakan lanjut diambil terhadap doktor dan klinik berkenaan.

Katanya, lagi pendaftaran klinik serta lesen doktor berkenaan boleh dibatalkan sekiranya didapati bersalah.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori