Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Pemimpin PAS Selangor Diarah...

KUALA LUMPUR - PAS Selangor mengarahkan pimpinan parti itu di Selangor supaya tidak...

JDT Lantik Raul Longhi...

JOHOR BAHRU - Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) mengumumkan Raul Longhi...

Kerajaan BN Sentiasa Dengar,...

SEREMBAN - Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa berusaha mendengar dan memenuhi segala kehendak...

Jualan Mara Digital Cecah...

PUTRAJAYA Jualan di Mara Digital mencecah RM1.7 juta dalam tempoh sebulan beroperasi sejak...

Johor, Pulau Pinang Bukti Malaysia Bukan Taliban!

KUALA LUMPUR – Malaysia sedang diserang dengan kebangkitan ekstremisme, ketaksuban dan tidak bertoleransi sehinggakan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar terpaksa membuat pengumuman terbuka bahawa Johor bukan sebuah negara Taliban.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang membuat dakwaan itu memberi jaminan serangan ekstremisme itu akan diatasi bagi menghalang Malaysia menjadi Taliban jika DAP dan Pakatan Harapan menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)

Beliau malah menegaskan DAP dan kerajaan baru Pakatan Harapan akan menegakkan nilai-nilai sebenar ajaran Islam bersama-sama agama lain termasuk Buddhisme, Kristian, Hindu atau Sikhisme di negara ini.

Pakatan Harapan dibarisi oleh DAP, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN)

“DAP dan Pakatan Harapan akan menunjukkan bagaimana Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama boleh menjadi demoktratik dan menghalang pembentukan negara Taliban,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Anaknya selaku Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan berasingan senada dengan bapanya itu apabila menyifatkan kejayaan penganjuran pesta arak Oktoberfest ke-45 di Pulau Pinang malam tadi membuktikan Pulau Pinang bukan negara Taliban.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang malah berkata, kerajaan DAP Pulau Pinang tidak akan melarang atau mengganggu kebebasan rakyat Malaysia berpesta arak kerana Pulau Pinang bukan negara Taliban.

“Pelampau ini mungkin berjaya mengharamkan Oktoberfest di Selangor dan Kuala Lumpur, tetapi mereka tidak akan berjaya di Pulau Pinang,” kata Guan Eng.


Sultan Ibrahim baru-baru ini menitahkan operasi sebuah dobi yang menyediakan perkhidmatan mencuci pakaian hanya untuk umat Islam di Muar dihentikan kerana Johor bukan negara Taliban.

Baginda turut menitahkan pemilik dobi itu memohon maaf kepada seluruh rakyat Johor kerana menimbulkan kemarahan dan memalukan bangsa Johor dengan mewujudkan dobi hanya untuk umat Islam.

Pemilik dobi mesra muslim itu menjelaskan dia menawarkan perkhidmatan khas itu bagi mengelakkan pakaian pelanggannya terkena najis mughallazah di basuh di dobi berkenaan sekaligus menjamin kesucian pakaian umat Islam yang dibasuh di dobi itu.

Pemilik dobi berkenaan namun akur dengan titah baginda dan meminta maaf kepada seluruh rakyat Johor kerana menyediakan perkhidmatan dobi hanya untuk umat Islam di premisnya.

“Sangat melegakan apabila Sultan Johor bertitah menentang ekstremisme, ketaksuban dan tiada toleransi,” kata Kit Siang lagi. – MYNEWSHUB.CC

Kategori