Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Imigresen Kelantan Kesan 6...

KOTA BHARU – Enam pekerja asing warga Indonesia dikesan menggunakan E-Kad yang dipercayai...

Pemberian Khas RM500 Kepada...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan memberikan pemberian khas sebanyak RM500 kepada kira-kira 1.6...

Rekaan Lapangan Terbang Baru...

SEBUAH Lapangan Terbang Antarabangsa Daxing, Beijing, China sedang dalam pembinaan akan memiliki tujuh...

KeTTHA Bangun Silibus Teknologi...

KOTA BHARU - Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) mengambil inisiatif membangunkan...

Johor Tepu Siaran Radio, Terbaharu Kool FM

JOHOR BAHRU – Selepas berjaya dilancarkan pada 1 Mac lalu, stesen radio terbaharu milik Media Prima Berhad, iaitu Kool FM bakal melebarkan sayapnya ke selatan tanah air apabila ke udara secara teresterial di seluruh Johor.

Ketika ini, warga Johor hanya mampu mendengar siaran radio tersebut yang memakai slogan ‘Temanmu, Muzikmu‘ itu menerusi aplikasi secara talian dan ia dikatakan agak leceh khususnya bagi pemandu kereta di negeri berkenaan.

Kool FM pada masa ini cuma dapat diikuti secara teresterial di Lembah Klang melalui gelombang 101.3 MHz dari pemancar Gunung Ulu Kali di Genting Highlands dan di Pulau Pinang 90.2 MHz dari Bukit Penara, George Town.

Juga kemudian dipancarkan meliputi sekitar Alor Setar, Kedah menerusi 107.3 MHz; Kota Bharu, Kelantan (88.6 MHz) dan Kuala Terengganu, Terengganu (93.6 MHz).

Sumber memaklumkan Mynewshub, keadaan sekarang menyebabkan liputan Kool FM agak terbatas berbanding tiga stesen lain di bawah Media Prima Berhad iaitu Hot FM, Fly FM dan One FM yang lebih luas di seluruh negara.

Justeru, gergasi penyiaran itu buat permulaan mengaplikasikan format Radio Data System (RDS) bagi Kool FM yang lazimnya digunakan untuk membolehkan siarannya diikuti pemandu kenderaan bagi perjalanan jarak jauh.

Siarannya kemudian perluaskan secara berperingkat-peringkat serta bakal ke udara di Melaka, selatan Negeri Sembilan dan wilayah utara Johor menerusi 100.9 MHz dari pemancar Gunung Ledang, Muar sekitar Julai depan.

Ini disusuli wilayah selatan Johor dan Singapura melalui 87.5 MHz dari pemancar Gunung Pulai di Pontian sekali gus menjadikan negeri itu paling tepu sesak siaran radio di Malaysia dengan 66 stesen berbeza dari tiga negara.

Secara umum, berapakah jumlah saluran radio yang diset untuk alat penerima FM dalam kereta anda: 1, 2 atau 3 stesen. Bagi ‘kaki radio’ jika kereta standard maka penuhlah semua 12 saluran dengan segala macam stesen radio.

Manakala untuk kereta jenis continental, sistem penerima isyarat radio FM sebenarnya boleh disetkan sehingga 18 saluran iaitu masing-masing mode FM1 ada 6, FM2 pun 6 dan FM3 (atau juga disebut FM Travel) ada 6 lagi.

gunungulukali_02

Mujur Kementerian Komunikasi dan Multimedia memansuhkan gelombang sederhana (Medium Wave = MW) atau dikenali sebagai AM (Amplitude Modulation) dan gelombang pendek (Short Wave = SW) awal dekad 1990-an dulu.

Setiap stesen radio teresterial tempatan di negara ini kemudian diwajibkan mengguna pakai hanya isyarat FM (Frequency Modulation) serta mesti dalam format standard Stereo MegaHertz dan bukan lagi Mono MegaHertz.

Untuk pendengar di Lembah Klang sahaja, mereka sebenarnya boleh menerima 33 stesen yang berbeza termasuk stesen jiran, Pahang FM, Perak FM dan Negeri FM (stesen ini deejay kerap cakap pekat dialek Nogori Sombilan).


Sudah pening pilih siaran radio? Hakikatnya jumlah itu tidak banyak kerana pendengar di wilayah selatan Johor lagi bertuah ‘meriah’ apabila dapat menerima lebih daripada 60 stesen radio yang berbeza bukan sahaja dari Malaysia.

Malah Singapura dan Indonesia, selain stesen radio antarabangsa yang disiarkan secara relay iaitu BBC (Britain), NHK (Jepun), Deutsche Welle (Jerman), France Internationale (Perancis) dan Radio ABC (Australia).

Ini bermakna jika anda mahu memandu kereta ke daerah Johor Bahru, Pontian, Kota Tinggi atau Kulai, pastikan sistem radio anda memang menggunakan jejalur digital dan dilengkapi dengan format RDS (Radio Data System).

Ini kerana jika tidak, anda akan pening kepala mencari stesen tempatan atau tidak semena-mena terdengar siaran radio asing. Hal ini bolehlah tanya pada orang Johor sendiri yang sudah ‘lali masak’ sejak dari zaman dahulu lagi.

Di wilayah selatan Johor, julat atau jarak beza frekuensi antara siaran dua stesen radio tersebut dikatakan cukup rapat tepu sehingga 0.2 MHz berbanding had standard lazim iaitu kira-kira 0.5 MHz di tempat-tempat yang lain.

Bayangkanlah jika guna radio lama jenis jejalur grafik atau tiada format RDS, maka boleh dengar siaran bertindih banyak stesen macam bunyi lebah kerana sistem penerima radio cuma ‘tangkap’ isyarat gelombang yang paling kuat.

Berikut disenaraikan frekuensi beberapa stesen radio terpilih Malaysia, Singapura dan Indonesia untuk rujukan jika kebetulan berada di Johor sama ada melancong, belajar di institusi pengajian tinggi atau memang tinggal di situ.

Selamat mendengar siaran radio!!! – Mynewshub.cc/HAA

Stesen radio Malaysia: (pemancar Gunung Pulai, Johor)
87.5 – Kool FM (Media Prima * siaran ujian)
87.8 – Sinar FM (Astro)
90.1 – Hot FM (Media Prima)
92.8 – Zayan FM (Astro)
94.6 – Lite FM (Astro)
95.4 – My FM (Astro)
95.6 – Asyik FM (RTM)
97.6 – Hitz FM (Astro)
98.4 – Melody FM (Astro)
99.1 – Mix FM (Astro)
99.9 – Redi 988 (The Star)
101.1 – Minnal FM (RTM)
101.4 – Suria FM (The Star)
101.9 – Johor FM (RTM)
102.5 – Fly FM (Media Prima)
102.9 – Traxx FM (RTM)
103.7 – THR Raaga (Astro)
104.1 – Best FM (Suara Johor)
104.5 – Era FM (Astro)
104.9 – Ai FM (RTM)
105.3 – One FM (Media Prima)
105.7 – Nasional FM (RTM)
106.2 – IKIM FM (IKIM)
106.7 – Radio Klasik (RTM)
107.5 – Bernama 24 (Bernama)

Stesen radio Singapura: (pemancar Bukit Batok, Singapura)
88.3 – Jia 88.3 fm
88.9 – BBC World
89.7 –  Ria 89.7 fm
90.5 – Gold 90.5 fm
91.3 – Hot 91.3 fm
92.0 – Kiss 92 fm
92.4 – Symphony 92.4 fm
93.3 – YES 93.3 fm
93.8 – 938 LIVE NewsRadio
94.2 – Warna 94.2 fm
95.0 – Class 95 fm
95.8 – Capital 95.8 fm
96.3 – Expat Radio
96.8 – Oli 96.8 fm
97.2 – Love 97.2 fm
98.0 – Power 98 fm
98.7 – 987 Perfect Ten
99.5 – Lush 99.5 fm
100.3 – UFM 1003

Stesen radio Indonesia: (pemancar Batam, Indonesia)
87.6 – Discovery Minang
88.7 – Radio STB FM
90.9 – RRI Batam Pro-3
91.7 – Aljabar Serumpun
96.6 – RRI Tanjung Pinang
100.7 – Batam FM
101.6 – Zoo FM
102.3 – Kei fm
102.7 – Radio Salam
103.2 – Radio Juan FM
103.5 – Radio Azam FM
104.3 – Lintas Sei Ladi
104.7 – Batam Indah
105.1 – RRI Batam Pro-1
105.3 – Canggai Putri
105.5 – RRI Batam Pro-2
106.0 – Radio Hang FM
106.5 – Radio Suara Marga
107.0 – Be 107 FM
107.2 – Radio ROKFM
107.7 – Radio Alfa Omega
107.9 – Komunitas Hang Tuah

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori