Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Akta Baharu Bela Nasib...

PETALING JAYA - Pengendali pusat penjagaan warga emas yang menawarkan kemudahan serba kekurangan...

Eksekutif Jualan Nafi Keluarkan...

EKSEKUTIF jualan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini, atas...

Ali Tinju Akan Dipecat...

IPOH - Veteran tentera Mohd Ali Baharom atau Ali Tinju akan dipecat keanggotaannya...

Jangan Kibar Bendera Koyak-Rabak,...

SIBU - Rakyat Malaysia diminta agar tidak mengibarkan Jalur Gemilang yang koyak-rabak atau...

Jom Bercuti Ke Tempat Menarik Ketika Musim Sejuk!

MUSIM awal tahun ini pasti ramai yang sedang ‘gatal’ kaki nak melancong ke sana ke mari tak kira bersama keluarga ataupun kawan-kawan.

Mesti panjang berjela list tempat menarik yang akan anda lawati ketika bercuti, lebih-lebih lagi ketika musim sejuk! Jom kita tinjau sejenak antara beberapa destinasi tersebut.

Kota Berlin, Jerman sering menjadi tumpuan pelancong lebih lagi ketika musim sejuk kerana suasananya yang meriah dengan lampu berkelipan sepanjang jalan.

Lagi pula terdapat kedai-kedai di tepi jalan untuk anda ‘cuci mata’ sambil-sambil mencuci dompet dan banyak juga aktiviti yang dapat dilakukan termasuk berjalan-jalan di sekitar kota Berlin.

Menikmati percutian Hari Natal pasti lebih bermakna jika dapat menyaksikan pemandangan indah dengan kemeriahan lampu-lampu. Pada tahun 2009 lalu pernah berlangsung acara Winter Festival and Ice Rink di sana.

Di Scotland, Britain anda dapat menjamu mata dengan kemeriahan lampu-lampu sambil bermain luncur ais di Princess Street Garden.

Ramai pelancong gemar ke sana untuk meraikan Hari Natal bersama keluarga ataupun rakan-rakan bagi merasai kemeriahan di sana.

Selain itu, jika anda ingin meluncur ais secara percuma ketika sedang melancong ke Kanada, boleh lah pergi ke ibu negaranya, Ottawa.

Di sana, terdapat satu kawasan luncur ais semula jadi dan juga yang terbesar di dunia iaitu di sekitar Terussan Rideau yang membeku malah anda hanya perlu membawa kasut luncur ais dan sarung tangan sahaja!

Jika Washington D.C. sering dikenali sebagai kota yang agak gah kerana mempunyai bangunan White House dan Lincoln Memorial, ia juga mempunyai tarikan yang menarik!

Misalnya ketika musim sejuk, Washington Ballet akan menampilkan The Nutcracker untuk membuat persembahan di ibu kota Amerika Syarikat itu.

Setiap kali Disember, lazim diadakan persembahan The Nutcracker Tea Party di National Museum of Woman in the Arts.

Kebanyakan orang pasti akan mengenali Austria hanya kerana kecantikan kota Vienna tetapi tahukah anda bahawa terdapat kota lama yang telah lama dibangunkan sejak abad ke-17 dan 18.


Ia dikenali sebagai Salzburg dan juga telah disenaraikan sebagai tapak warisan budaya dunia oleh Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) pada 1997.

Tapi perlu ingat bahawa di sana waktu siangnya lebih pendek berbanding malam, maka disebabkan itu waktu operasi di sana sangat singkat.

Kenangan terindah ketika melancong di musim sejuk pastinya akan lebih bermakna jika dapat merasai moment bermain salji!

Bagi peminat ski, anda boleh berkunjung ke Nagano dan Niigata, Jepun untuk menikmati pengalaman meluncur yang sering diimpikan oleh ramai pelancong.

Dalam masa sama, jika anda ingin merasai musim salji di kawasan tidak sesak dengan bunyi bising pembangunan, anda boleh ke Reykjavik di Iceland yang merupakan kota terbesar di negara pulau itu.

Mengikut pengalaman pelancong yang pernah ke sana, mereka lebih memilih untuk berjalan kaki di kota itu kerana ingin mengenali dengan lebih dekat tentang kawasan tersebut.

Bagaimanapun, terdapat banyak lagi lokasi di luar negara yang menarik untuk dikunjungi ketika musim sejuk!

Kebanyakan pelancong akan memilih melancong ke luar negara ketika hujung tahun bagi merasai sendiri pengalaman bermain salji di musim sejuk.

Jadi, kalau anda mempunyai impian untuk merasai pengalaman musim sjeuk, boleh lah mula untuk menabung dan survey tempat-tempat yang menarik di seluruh dunia! – MYNEWSHUB.CC/AH

*Video sekadar hiasan…

Kategori