Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

AirAsia X Sasar Tingkat...

KUALA LUMPUR - Syarikat penerbangan tambang murah jarak jauh, AirAsia X (AAX), menyasar...

Temberang ‘Haji Ghaib’ Akhirnya...

JAKARTA - Temberang seorang penarik baca yang konon ghaib selama 44 hari untuk...

Jangan Mudah Terpedaya Dengan...

SEGAMAT – Penduduk daerah Segamat diingatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan kempen pilihan...

Ungkapan ‘Bangsa Johor’, Rasa...

SUDAH menjadi ikutan terkini apabila anak kelahiran Johor akan menggelarkan diri mereka sebagai...

JPN Nafi Tukar Kod Kelahiran Pahang 06

PUTRAJAYA – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) meminta orang ramai terutama rakyat Pahang tidak mempercayai hebahan melalui aplikasi Whatsapp berkaitan penukaran kod negeri kelahiran negeri itu.

JPN dalam satu kenyataan media memberitahu, maklumat yang disebarkan tersebut adalah palsu dan tidak benar kerana tiada sebarang perubahan pada kod negeri kelahiran Pahang iaitu 06, 32 dan 33.

“Untuk makluman, orang ramai boleh membuat semakan kod negeri kelahiran di Malaysia melalui Portal Rasmi JPN di www.jpn.gov.my atau capaian terus ke url www.jpn.gov.my/kod-negeri,” kata kenyataan itu hari ini.

JPN dalam pada itu menegaskan, maklumat penting melibatkan rekod pengenalan diri individu tidak wajar dipermainkan kerana boleh menyebabkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

“Sebarang maklumat berkaitan dengan Jabatan ini, orang awam adalah dinasihatkan untuk menghubungi Pejabat Perkhidmatan Pelanggan JPN di talian 03 – 8880 7077 atau emel ke [email protected],” kata JPN. – MYNEWSHUB.CC


kod negeri

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori