Thursday, September 12, 2024

Creating liberating content

‘Jangan Beri Dua Suntikan...

PETALING JAYA - Kementerian Kesihatan mengarahkan semua klinik kesihatan untuk tidak memberikan dua...

Abdul Hadi Kata PAS...

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memaklumkan parti itu...

“Phuc Dat Bich” Akhirnya...

SEORANG pengguna Facebook mengakui pada Rabu lalu bahawa beliau sebenarnya menipu berkenaan kiriman...

‘Benarkan Bot Bawa Pelarian...

PETALING JAYA - Bot yang membawa pelarian etnik Rohingya dan Bangladesh sepatutnya dibenarkan...

Jual Buah, Sayur Busuk Boleh Dikenakan Tindakan

PUTRAJAYA – Menjual buah-buahan dan sayur-sayuran busuk boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Makanan 1983, kata Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan, Noraini Mohd Othman.

Mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan mengenai tindakan pasar raya menjual buah dan sayur busuk, beliau berkata Subseksyen 13(1) akta tersebut menyatakan mana-mana pihak yang menyediakan atau menjual makanan beracun, merosakkan atau memudaratkan kesihatan, adalah satu kesalahan.

Laporan akhbar tersebut pada 11 Julai lepas menyebut tindakan beberapa pasar raya menjual buah-buahan dan sayur-sayuran seperti tomato, lobak merah dan pisang yang telah busuk dengan harga murah dan tidak dikeluarkan dari rak jualan, menimbulkan ketidak puasan hati dalam kalangan pengguna.

“Apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan juga menasihati orang ramai untuk menggunakan hak dan kuasa pengguna dalam memastikan produk makanan yang dibeli adalah bersih dan selamat.


“Pengguna juga disaran membaca label serta mengamalkan lihat, hidu dan rasa sebelum membeli makanan bagi mengelakkan memakan makanan yang telah rosak atau tercemar,” katanya.

Noraini berkata, sebarang pertanyaan mengenai isu keselamatan makanan boleh disalurkan kepada pejabat kesihatan daerah atau jabatan kesihatan negeri terdekat atau melalui laman web moh.spab.gov.my atau Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq. – BERNAMA

Kategori