Monday, December 2, 2024

Creating liberating content

57 Nelayan Dari Dungun...

KUALA TERENGGANU - Sekumpulan nelayan dari Dungun dan Paka hari ini melahirkan rasa...

Tiga Exco Negeri Selangor...

Tiga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor daripada PAS dikhabarkan akan dipanggil...

Keadaan Banjir Di Sarawak...

MENTERI Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim hari ini...

Petronas, Aramco Bentuk Dua...

KUALA LUMPUR - Petroliam Nasional Bhd. (PETRONAS) dan Saudi Aramco, syarikat minyak kebangsaan...

Jubli Emas Sultan Brunei Meriah, Potret Ratu Dipamer

BANDAR SERI BEGAWAN – Seluruh rakyat Brunei hari ini meraikan ulang tahun ke-50 bertakhta Sultan Hassanal Bolkiah dengan memeriahkan sambutan yang diadakan secara besar-besaran.

Ini termasuk menyaksikan perarakan penuh gilang-gemilang baginda dan pasangan, Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam mengelilingi ibu kota Brunei pagi Khamis.

Peristiwa bersejarah ini turut memaparkan buat julung kali potret permaisuri dipasang bersebelahan dengan Sultan Brunei di semua pintu gerbang termasuk di jalan raya berbanding sebelum ini hanya baginda seorang ditampilkan.

“Paduka Ayahanda sendiri bertitah memperkenankan agar potret wajah Paduka Bonda diletak bersebelahan untuk menghiasi pintu gerbang di semua daerah,” jelas Putera Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah.

Berita diumumkan baginda yang merupakan Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri juga merangkap Penaung Jawatankuasa Penasihat Sambutan Jubli Emas Sultan Brunei baru-baru ini disambut positif rakyat negara tersebut.

Baca: Brunei Lancar Nombor Plat Khas ‘Jubli Emas’

Ratu Saleha yang bakal berusia 70 tahun pada 7 Oktober ini, merupakan isteri pertama Sultan Hassanal Bolkiah dan mereka bernikah pada 28 Julai 1965. Pasangan diraja tersebut dikurniakan dengan dua putera dan empat puteri.

Sultan Brunei pernah juga dilaporkan mempunyai dua orang lagi isteri iaitu Hajah Mariam (1982-2003) dan Azrinaz Mazhar Hakim (2005-2010) dari Malaysia, namun usia jodoh perkahwinan mereka tidak pula berpanjangan.

Acara sambutan bermula dengan istiadat Membuka Gendang Jaga-Jaga di Lapau, dekat sini kelmarin diikuti 21 das tembakan oleh Angkatan Bersenjata Diraja Brunei sebagai tanda hormat dan upacara penuh istiadat di istananya.

Sultan ke-29 dalam sejarah lebih 600 tahun institusi diraja negara Islam kecil pulau Borneo itu, merupakan antara raja paling lama berkuasa di dunia. Baginda yang kini berusia 71 tahun, mula menaiki takhta pada 4 Oktober 1967.

Ia setelah ayahandanya, Sultan Omar Ali Saifuddien Saadul Khairi Waddien ibni Sultan Muhammad Jamalul Alam II turun takhta istana akibat sebab tertentu ketika itu dan kemudian mangkat pada 1986 lalu dalam usia 71 tahun.


Baca: Brunei Terbit Mata Wang Khas B$50 Rai Jubli Emas

Brunei merupakan antara kerajaan beraja di dunia, mencapai kemerdekaan daripada Britain pada 1984 dan berjaya meningkatkan mutu kehidupan rakyat hasil sumber minyak mentah dan gas asli di negara majoriti Muslim itu.

Di bawah kepimpinan Sultan Hassanal Bolkiah, yang merupakan salah seorang tokoh lelaki paling kaya di dunia, juga menyaksikan pelaksanaan penguatkuasaan undang-undang jenayah Islam secara tegas bermula pada 2014.

Jubli Emas itu merupakan peluang terbaik bagi lebih 400,000 rakyat negara tersebut untuk menumpukan perhatian kepada sambutan serta meraikan Sultan Brunei yang disanjung tinggi oleh seluruh warganya sebagai berjiwa besar.

Sambutan selama dua minggu bermula hari ini menyaksikan baginda melakukan pemeriksaan kawalan kehormatan diraja dan kemuncak acara itu ialah perarakan besar-besaran di sekitar ibu kota termasuk pertunjukan bot berhias.

Para pemimpin Asia Tenggara dan kerabat diraja dari rantau Timur Tengah juga dijangka menghadiri bankuet di istana pada Jumaat bagi meraikan jubli itu termasuk Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tidak ketinggalan ialah Presiden Indonesia, Joko Widodo dan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, menurut pihak penganjur. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori