Thursday, December 26, 2024

Creating liberating content

ISN Lantik Peguam Kendali...

KUALA LUMPUR – Institut Sukan Negara (ISN) melantik peguam untuk mengendalikan kes tuntutan...

Lebih 60,000 Pemandu E-Hailing...

LABUAN - Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata,...

Kadir Mula Takut Skandal...

TULISAN A. Kadir Jasin bertajuk "Berjaga-jaga ungkit perkara lama" membayangkan sikap defensif dan...

Sektor Kesihatan Sri Lanka...

COLOMBO – Krisis ekonomi di Sri Lanka kini semakin memuncak apabila sektor kesihatan...

Jururawat Persenda Pesakit Tenat Dikecam

MEMALUKAN… Seorang jururawat kini disiasat oleh pihak berkuasa Rusia selepas memuat naik gambar di media sosial dengan kapsyen mempersendakan pesakit yang sedang tenat.

Gambar berkenaan menerima kecaman ramai kerana tindakannya yang menyalahguna media sosial bagi tujuan yang tidak wajar, menjijikkan dan memalukan.

Ia melibatkan jururawat bernama Anna Kim yang menggunakan cara kejam bagi memaparkan pesakit tersebut yang telah tua dan memerlukan pemakaian lampin.

Anna turut menuduh doktor-doktor di hospital itu hanya menolong pesakit yang mahu mereka bantu sahaja.

“Jika mereka tidak mahu membantu, habislah anda. Mereka tidak peduli sama ada pesakit itu mengalami tekanan darah rendah yang melampau,” demikian tulis Anna.


Walaupun Anna memuat naik gambar itu dengan pesakit yang sedang tenat, namun dia tidak dipecat.

Ini bukan kes yang pertama di Rusia sebaliknya sebelum ini beberapa kes yang sama telah berlaku melibatkan kakitangan perubatan di negara itu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori