Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kenyataan Duta Korea Utara...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia bukan...

Video: Pemandu Teksi ‘Racer’...

GELAGAT seorang pemandu teksi yang mempamerkan aksi berbahaya di sebatang lebuh raya menjadi...

Majoriti Rakyat Malaysia Tolak...

KUALA LUMPUR - Majoriti rakyat Malaysia menolak sikap hipokrit Bersih dan Parti Pribumi...

Jabatan Imigresen Kedah Berkas...

LANGKAWI - Tujuh puluh sembilan warga asing diberkas dalam operasi Jabatan Imigresen Kedah...

Kadar Kematian Individu Lengkap Vaksin 0.01 Peratus – KJ

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan kadar kematian bagi individu yang telah lengkap vaksinasi Covid-19 di negara ini adalah sebanyak 0.01 peratus.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kadar kemasukan ke unit rawatan rapi (ICU) bagi individu berkenaan pula adalah 0.007 peratus.

“Pada pukul 2.30 petang ini (Khamis), Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal, Institut kesihatan Negara (NIH), Dr Kalaiarasu M Peariasamy akan bentangkan satu kajian yang telah dijalankan institutnya berkenaan kadar kematian bagi individu lengkap vaksinasi.

“(Sekarang ini) saya sebutkan data teratas dahulu (dan) ulasannya nanti saya minta Dr Kalaiarasu jelaskan sebab beliau adalah pakar.

“Kadar kematian bagi mereka yang sudah lengkap vaksinasi berdasarkan kepada kajian populasi seramai 14 juta tidak kira jenis vaksin sama ada Sinovac, Pfizer atau AstraZeneca adalah 0.01 peratus.


“Maksudnya (di sini) vaksin adalah berkesan.”

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementeriannya di Dewan Rakyat pada Khamis.

Dr Lee Boon Chye (PH-Gopeng) sebelum itu bangkit mencelah dan meminta Khairy Jamaluddin memaklumkan kadar kematian yang dilaporkan bagi mereka yang sudah lengkap vaksinasi. – Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori