Saturday, July 6, 2024

Creating liberating content

Polis Tumpas Geng Samun...

TEMERLOH – Polis menumpaskan kumpulan samun dikenali 'Geng Jai' yang menjadikan buruh binaan...

Bandar Kherson Jatuh Ke...

KIEV - Tentera Rusia akhirnya berjaya menawan bandar utama pertama di Ukraine selepas...

Berhimpun Semasa Penularan Wabak...

KUALA LUMPUR - Majlis Ulama Kanan Al-Azhar semalam bersetuju bahawa berhimpun semasa penularan...

PTPTN Mahu Tubuh Wakaf...

KUALA LUMPUR : Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan menubuhkan wakaf pendidikan...

Kaji Guna Sumber Air Bawah Tanah – Xavier

SHAH ALAM – Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli sedang melakukan kajian secara menyeluruh bagi melihat potensi air bawah tanah untuk dijadikan sumber baharu air negara, kata Menterinya, Dr Xavier Jayakumar.

Beliau berkata kajian menunjukkan terdapat antara tiga hingga lima trilion meter padu sumber air bawah tanah di seluruh negara ketika ini dan Kelantan menjadi satu-satunya negeri yang menggunakan sumber air bawah tanah.

Katanya satu kajian bersama pihak-pihak berkepentingan sedang dilaksanakan untuk menilai secara holistik dan kawasan air bawah tanah mana yang sesuai digunakan.

“Memang ada yang kata jika kita guna air bawah tanah, akan mengakibatkan mendapan tanah, tapi di negara ini, ada 196 hari hujan, jadi kita tak ada masalah itu,” katanya pada Wacana Sinar Harian ke-80, Konservasi Air: Di Manakah Malaysia, di sini hari ini.

Mengenai kenaikan kadar tarif air, Dr Xavier berkata kerajaan tidak dapat mengelak daripada menaikkan tarif air dalam usaha untuk memastikan industri air negara sentiasa berada dalam keadaan baik.

Beliau bagaimanapun berkata kerajaan akan mengenakan kadar tarif air yang munasabah dengan memastikan golongan B40 tidak menerima tempias hasil kenaikan itu.

“Ada negeri yang dah 30 tahun kita tidak naikkan tarif air, sedangkan perbelanjaan untuk pengurusan industri ini adalah mengikut harga semasa,” katanya.


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Datuk Mohd Ridhuan Ismail dalam wacana itu berkata kadar caj air murah yang dikenakan menjadi antara punca ramai rakyat di negara ini membazir dalam penggunaan air.

Beliau menarik perhatian kadar caj air di negara ini adalah RM 0.52 sen bagi setiap meter padu berbanding sesetengah negara jiran seperti Thailand pada kadar lebih RM1 dan Singapura kira-kira RM3.

“Dalam keadaan dengan nilai yang begitu rendah, banyak pengguna membazir dari segi penggunaannya seolah-olah tiada nilai yang diberi terhadap bekalan air secara amnya, ” katanya. – BERNAMA

Kategori