Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Rakyat Semakin Faham Mengenai...

GEORGE TOWN - Penerimaan orang ramai terhadap Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kini...

Kongres PKR Tunda Lagi,...

PETALING JAYA : Kongres PKR yang sepatutnya berlangsung dari 25 hingga 26 Jun...

Turki Keluar Dari Syria...

ISTANBUL - Presiden Recep Tayyip Erdogan semalam, menegaskan bahawa Turki tidak akan meninggalkan...

Sindiket Tipu Pelaburan: Cyberjaya...

CYBERJAYA - Sindiket penipuan pelaburan dalam talian terbesar membabitkan warga China yang diserbu...

Kakitangan Khazanah Positif COVID-19

SHAH ALAM – Khazanah Nasional Berhad hari ini mengesahkan salah seorang kakitangannya dijangkiti wabak Covid-19 dan usaha sedang dijalankan untuk mengesan kontak rapat kakitangan tersebut.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata pekerja berkenaan masih menerima rawatan di sebuah hospital kerajaan.

Justeru, Khazanah sedang giat bekerjasama dengan pihak berkuasa kesihatan dan pengurusan premis pejabatnya untuk mengambil langkah sewajarnya demi memastikan kesihatan dan keselamatan kakitangan terjamin.

Ia termasuk membantu pihak berkuasa kesihatan mengenal pasti individu yang sudah berhubung dengan kakitangan berkenaan.

Katanya, Khazanah turut memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku ketika langkah pencegahan dilaksanakan.


Khazanah akan terus beroperasi dengan gangguan yang minimum.

Sementara itu, difahamkan pekerja Khazanah yang positif jangkitan COVID-19 antara empat kes baharu yang diumumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), semalam, menjadikan 29 kes dilaporkan setakat ini.

Pekerja Khazanah itu dipercayai kes ke-26 yang dikatakan mempunyai sejarah perjalanan ke Shanghai, China sekitar pertengahan Januari lalu. – Sinar Harian

Kategori