Thursday, December 26, 2024

Creating liberating content

Pancaragam Terbesar Buat Persembahan...

KUALA LUMPUR - Aksi istimewa gabungan 11 agensi keselamatan dan penguatkuasa negara yang...

Macau Scam: Konon Pegawai...

KUALA LUMPUR - Gemar menyamar sebagai pegawai polis Bukit Aman atau pegawai penyiasat...

Ketua Penerangan PKR Sarawak...

KUCHING - Ketua Penerangan PKR Sarawak, Vernon Kedit hari ini membuat laporan kepada...

Sektor Swasta Main Peranan...

KUALA LUMPUR - Masyarakat perniagaan digesa bekerjasama secara kolektif dengan kerajaan bagi melaksanakan...

Kapal China Dikesan Di Beting Patinggi Ali

KUCHING – Kehadiran kapal pengawal pantai China di perairan Sarawak terus mencetuskan kegusaran dalam kalangan nelayan negeri ini.

Terbaru, kapal pihak berkuasa China itu dikesan di kawasan Beting Patinggi Ali terletak 84 batu nautika dari Miri, Jumaat lalu.

Sumber berkata, kejadian itu sudah dilaporkan oleh beberapa pemancing tempatan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di Miri.

Berikutan itu, difahamkan aset Maritim Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dikerah ke lokasi terbabit untuk mengetatkan kawalan perairan yang turut dikenali sebagai South Luconia Shoals itu.

Bagaimanapun, jurucakap Maritim Malaysia, Sarawak ketika dihubungi berkata, pihaknya tidak dapat memberikan ulasan lanjut berhubung perkembangan terkini di Laut China Selatan itu.

“Sebarang ulasan (mengenai kehadiran kapal pengawal pantai China) akan dibuat oleh pihak kementerian yang berkaitan,” katanya.


Beting Patinggi Ali adalah gugusan batu karang yang terletak di perairan utara Sarawak dan berada di dalam zon ekonomi eksklusif (ZEE) Malaysia. 

Gugusan batu karang itu antara kawasan yang dituntut oleh China melalui tuntutan 9-Dash Line di Laut China Selatan.

Pada Julai tahun lalu, Kerajaan Malaysia menegaskan pendirian untuk menolak tuntutan China di perairan itu melalui surat perwakilan Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). – BH Online

Kategori