Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

AirAsia Tawar Diskaun Sehingga...

KUALA LUMPUR - Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia menawarkan diskaun sehingga 45 peratus bagi tempahan...

Beri Bantuan Kepada Mangsa...

ALOR SETAR – Kerajaan Kedah akan memberikan bantuan bersesuaian kepada mangsa yang cedera...

21 Pesawat China Ceroboh...

TAIPEI: Taiwan mendakwa sebanyak 21 pesawat tentera udara China menceroboh ruang udara negara...

Elaun Pembantu Pendidikan Masyarakat...

SERDANG : Kerajaan bersetuju menaikkan kadar elaun Pembantu Pendidikan Masyarakat (PPM) Jabatan Kemajuan...

Kapal Tangki Hilang 3 minggu Lalu Ditemui Hanyut Tanpa Kru

SEBUAH kapal tangki membawa muatan minyak, Tamaya 1 yang hilang secara misteri sejak April lalu telah ditemui hanyut di pantai Liberia.

Namun apa yang menghairankan tidak ada seorang pun kru berada di dalamnya.

Keadaan itu mengejutkan penduduk yang menemuinya kapal berkenaan lalu menghubungi polis.

Malangnya polis mengambil masa beberapa hari untuk tiba di lokasi penemuan kapal tersebut.

Kapal tangki sepanjang 64 meter itu dalam perjalanan ke Pelabuhan Sengalese dari Dakar apabila ia hilang. Kali terakhir Tamaya 1 dilihat adalah pada 21 April lalu.

Pihak berkuasa kini sedang menyiasat kemana perginya kru kapal yang berdaftar di Panama itu.


“Kemungkinan pemilik kapal itu telah muflis dan tidak mempunyai wang untuk membayar krunya. Sebab itulah mereka meninggalkan kapal terbabit,” kata sumber dalaman pihak berkuasa pelabuhan itu.

Pihak berkuasa kini cuba menghalang penduduk tempatan daripada mendekati kapal terbabit ketika siasatan dijalankan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori