Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Hubungan Pasang Surut, Apa...

Nampaknya, ketidak sefahaman yang tercetus antara negara kita dan jiran seberang, Indonesia masih...

Pilihan Raya Kecil DUN...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan...

i-Suri Kepada Orang Asli,...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail...

Piala Dunia 2018: Kane...

VALETTA - Harry Kane meledak dua gol untuk membantu skuad England kendalian Gareth...

Kastam Nafi Tak Melepaskan Topeng Muka Import

PUTRAJAYA – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menafikan dakwaan bahawa pihaknya tidak melepaskan topeng muka yang diimport seperti dilaporkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan hari ini.

JKDM dalam kenyataan hari ini berkata barangan berkenaan sebenarnya tidak diikrar oleh ejen pengimport menyebabkan pihaknya tidak dapat membuat pelepasan.

“JKDM menyiasat perkara ini dan didapati ejen pengimport barang tidak menerima apa-apa arahan daripada pengimport untuk membuat pengikraran.

“Untuk makluman, tanpa pengikraran, JKDM tidak dapat membuat pelepasan ke atas barang berkenaan. Pengikraran perlu dibuat terlebih dahulu oleh ejen pengimport bagi mengetahui kandungan barang yang hendak dilepaskan,” jelasnya.

JKDM berkata, pihaknya sudah menghubungi dan memaklumkan kepada ejen pengimport berhubung perkara itu dan difahamkan pihak mereka akan menguruskan pengikraran dalam masa terdekat.

Menurut laporan itu, sebanyak 10,000 keping topeng muka dari luar negara masih tidak dilepaskan JKDM walaupun telah tiba di negara ini Jumaat lalu.

Kategori