Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Covid-19 Menular Ke Kuwait,...

ALGIERS - Algeria mengesahkan kes pertama koronavirus baharu (Covid-19).Kementerian Kesihatan negara itu berkata,...

Rumah Tan Sri Isa...

NILAI – Rumah Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad di Nilai Spring Heights...

Polis Kelantan Tahan Lelaki...

KOTA BHARU - Polis Kelantan menahan seorang lelaki dipercayai penyeludup senjata api dalam...

Ajaib..Kucing Masih Hidup Meskipun...

Pelik lagi memeranjatkan! Seekor kucing ditemui masih hidup meskipun terperangkap dalam sebuah kotak tanpa...

Kawan Sejak Kecil, Farah Gembira Untuk Izara

SETIAP manusia diciptakan berpasang-pasangan dan semua pasangan pasti mengimpikan kebahagiaan yang berkekalan.

Sebagai sahabat baik kepada pelakon cantik Izara Aishah yang baru mendirikan rumah tangga semalam dengan pasangannya, Adib Khalid, Farah Nabilah mengakui bahawa dia berasa sedikit sedih namun tetap bergembira di atas penyatuan itu.

Farah merupakan salah seorang sahabat baik kepada Izara sebelum mereka bergelar selebriti lagi.

“Mestilah saya rasa sedih lihat kawan dari kecil sudah bergelar isteri. Tapi sedih bercampur gembira.

“Akhirnya Izara jumpa dengan cinta sejatinya. Kami sudah berkawan lebih dari 10 tahun.

“Saya dan dia pernah bersekolah sama dan sehingga sekarang hubungan rapat seperti adik-beradik,” katanya dipetik daripada portal mStar Online.

Ketika majlis malam berinai, Farah atau lebih senang dipanggil Fawa turut kelihatan di majlis tersebut yang bertemakan Bollywood.

Nampaknya ramai yang tak sangka mengenai hubungan baik mereka berdua sehinggalah Fawa kelihatan di atas pelamin menjadi pengapit Izara ketika majlis pernikahan berlangsung.

Tambah pelakon yang mula dikenali selepas membintangi drama Titian Cinta itu, dia tidak gemar untuk berkongsi kisah peribadi mengenai hubungan baik mereka di laman sosial.

Cuma kali terakhir gambar mereka di muat naik dekat akaun Instagram Fawa ialah ketika majlis pertunangan Izara dan Adib pada 7 Julai yang lalu.


“Saya tahu ramai yang tak sangka dan terkejut melihat saya menjadi pengapit Izara pada malam itu.

“Sebab tak ramai yang tahu kami berdua sudah lama berkawan. Lagipun kami memang jarang dan tak suka kongsi kisah peribadi di laman sosial,” ujar pelakon berusia 25 tahun itu.

Dalam masa yang sama, Fawa juga memberitahu pihak media bahawa kini dia bakal memulakan penggambaran sebuah drama terbaharu pada Januari tahun hadapan.

Katanya lagi, buat masa kini dia hanya sibuk menghadiri jemputan majlis atau sebarang job bagi sesi fotografi sahaja.

“Saya baru habis penggambaran telemovie Adam dan Hawa 2 dan insya-Allah akan masuk semula set drama pada Januari tahun hadapan.

“Buat masa sekarang saya sibuk memenuhi jemputan acara atau majlis serta sesi fotografi,” katanya.

Kawan baik dah kahwin… Agak-agak bila pula giliran Fawa ya? Mesti ramai yang patah hati kalau Fawa dah ada teman lelaki kan. Ye lah, sejak drama meletup-etup, peminat Fawa semakin bertambah. Bukan hanya perempuan, tapi lelaki pun dah ramai yang mula mengenali pelakon yang tak lekang dengan senyuman itu. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori