Saturday, December 14, 2024

Creating liberating content

Kes HFMD Menunjukkan Penurunan

GEORGE TOWN - Jumlah kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) menunjukkan penurunan...

Rafizi Menang Besar Di...

MACHANG - Kem Reformasi 20 tahun yang diketuai oleh calon Timbalan Presiden, Rafizi...

Curi, Pajak Cincin Emas...

SEGAMAT - Helah seorang lelaki dengan mendakwa rumah dipecah masuk sehingga cincin emas...

Kedai Makan Dikenakan Notis,...

KUALA TERENGGANU – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Terengganu mengadakan...

Kejadian Tanah Runtuh Di Cameron Highlands

KUANTAN – Satu kejadian tanah runtuh dilapor berlaku di Batu 51, Kuala Terla menyebabkan jalan utama dari Kampung Raja ke Cameron Highlands terpaksa ditutup sementara bagi tujuan pembersihan.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, DSP Ashari Abu Samah berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada orang awam kira-kira 5 petang tadi, sebelum menghantar anggota polis ke tempat berkenaan.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, terdapat limpahan tanah lebih kurang 30 meter di atas jalan dan sebuah kenderaan pacuan empat roda juga ditemui terjatuh dalam longkang dipercayai akibat ditolak oleh tanah runtuh berkenaan.

“Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa kerana kenderaan itu didapati telah diletakkan di tepi jalan sebelum kejadian tanah runtuh itu berlaku,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Beliau berkata kerja-kerja pembersihan jalan kini sedang giat dilakukan Jabatan Kerja Raya dan Roadcare.


Jabatan Bomba dan Penyelamat juga berada di tempat kejadian bagi membantu memantau sebarang kejadian tidak diingini, katanya. – BERNAMA

Kategori