Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Juri Tolak Rayuan Malaysia,...

KUALA LUMPUR - Atlet paralimpik negara, Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin terlepas peluang...

Pemandu Lori Rempuh 5...

KUALA LUMPUR - Seorang pemandu lori direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung...

Pelepasan Akaun Najib Kerana...

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menjelaskan pelepasan pembekuan akaun...

Dewan Rakyat Benar Usul...

PARLIMEN | Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun membenarkan usul tergempar untuk membahaskan...

Kelantan Dijangka Banjir Susulan Enam Episod Hujan Lebat

KOTA BHARU : Kelantan dijangka mengalami enam episod hujan lebat bermula bulan ini sehingga Mac tahun depan.

Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Dr Aminuddin Hassim, berkata hujan lebat berkenaan dijangka boleh mengakibatkan negeri itu dilanda banjir.

“Justeru itu, sebagai persediaan menghadapi banjir, sebanyak 170 pusat pemindahan sementara (PPS) perlu diaktifkan selain 1,600 aset termasuk bot dan kenderaan pacuan empat roda akan digerakkan jika berlaku banjir.

“Setakat ini, Kelantan hanya mengalami banjir kilat baru-baru ini, namun hasil perbincangan dilakukan, semua pihak sudah bersiap sedia bagi menghadapi banjir.

“Setiap PPS juga hanya boleh menempatkan 50 peratus mangsa bagi mengelak penularan COVID-19,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri taklimat berhubung persiapan banjir di Kelantan, di sini, hari ini.

Aminuddin berkata, pihaknya turut menyalurkan bantuan RM50,000 kepada setiap jajahan di Kelantan untuk kegunaan ketika banjir selama lima bulan sehingga Mac depan.


“Pada masa sama, sebanyak RM20,000 turut disalurkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.

“Selain itu, kita juga memperuntukkan RM1.3 juta untuk kerja membaik pulih beberapa PPS di Kelantan bagi memastikan mangsa selesa berada di pusat berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga sudah mengenalpasti 6,500 anggota yang akan bertugas ketika banjir membabitkan pelbagai agensi pasukan keselamatan.

“Sebanyak 3,000 kit makanan untuk mangsa banjir juga sudah dihantar ke depoh pangkalan hadapan yang disediakan,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori