Kelantan Setuju Jawatan MB Dihad Kepada 2 Penggal

KOTA BHARU – Kelantan bersetuju dengan saranan kerajaan persekutuan untuk mengehadkan jawatan menteri besar kepada dua penggal.

Menteri Besarnya Datuk Ahmad Yakob berkata apa yang penting, tempoh yang diberikan itu digunakan dengan sebaik mungkin untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Bagi saya tidak ada masalah, nak dua penggalkah, satu penggalkah…yang penting kita dapat menggunakan jawatan ini untuk berkhidmat kepada rakyat. Kita rasa puas hati, alhamdulillah…cukup. Kita nak berkhidmat kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Kesyukuran Sambutan 28 Tahun Membangun Bersama Islam di Dataran Warisan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini, hari ini yang turut dihadiri Timbalannya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan kepimpinan kerajaan negeri yang lain.

Khamis lepas, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika membentangkan usul mengenai Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) dilaporkan sebagai berkata tempoh perkhidmatan jawatan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri akan dihadkan kepada dua penggal sebagai langkah segera yang dilaksanakan bagi mereformasikan sistem politik.

Ditanya mengenai langkah kerajaan persekutuan yang mahu meneruskan pembinaan Lebuhraya Kota Bharu-Gua Musang, Ahmad berkata kerajaan negeri menyambut baik perkara berkenaan.

“Kita menyambut baik dan berterima kasih (kepada kerajaan persekutuan) kerana dengan adanya lebuh raya ini merupakan satu kemudahan asas yang amat penting kepada rakyat kita sekali gus dapat menjadi pemangkin kepada mereka untuk terlibat dalam pembangunan negeri,” katanya. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Gunung Semeru Di Indonesia Meletus

JAKARTA : Gunung berapi Semeru di daerah Lumajang Jawa Timur meletus pada jam 3.20...

Tak Perlu Ajar Wanita Apa Perlu Dipakai Seperti ‘Pelampau’ PAS

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membidas ahli jawatankuasa DAP Johor, Boo Cheng Hau...

Rusia Kerah Lebih 90,000 Tentera Ke Sempadan Ukraine

Moscow dilaporkan telah mengerahkan lebih 90,000 anggota tentera ke kawasan sempadan dengan Ukraine dan...

Kes Baharu COVID-19 Catat Penurunan

KUALA LUMPUR: Malaysia kembali mencatatkan penurunan kes baharu COVID-19 iaitu sebanyak 4,896 kes, setakat...

Pelajar Jalani Pemeriksaan Ketat Sebelum Dikesan Positif Omicron

LARUT: Seorang pelajar sebuah universiti swasta di Ipoh yang merekodkan kes pertama positif varian...

SSI Lancar Program Penajaan Anak Angkat Bantu Remaja B40

PUTRAJAYA: Sakeenah Soul International (SSI) melancarkan Program Penajaan Anak Angkat, hari ini, sebagai inisiatif...

Daiyan Trisha Positif COVID-19, Yakin Ada Hikmah Di Sebalik Ujian

PELAKON jelita Daiyan Trisha berkongsi berita duka apabila disahkan positif COVID-19. Perkara itu dimaklumkan Daiyan...