Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

KPN Akan Panggil Bekas...

KUALA LUMPUR - Bekas pegawai polis, Md Ali Amir Batcha yang didakwa merompak...

Sekolah Terkesan Banjir Teruskan...

PUTRAJAYA - Institut pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang terkesan banjir...

Kucing Belaan Karl Lagerfeld...

KEMATIAN pereka fesyen tersohor, Karl Lagerfeld pada Selasa menjadi tajuk utama media-media di...

22,000 Nama Anggota Daesh...

LONDON - Puluhan ribu dokumen yang mengandungi nama, alamat, nombor telefon dan maklumat...

Kemaluan Terlebih Potong Ketika Berkhatan

KUALA LUMPUR – Seorang budak lelaki menderita kesakitan apabila doktor ‘terlebih potong’ ketika berkhatan di sebuah klinik di Cheras, Selasa lalu.

Kanak-kanak berusia 10 tahun itu dikatakan menggunakan kaedah laser yang dipercayai dilakukan oleh seorang doktor berpengalaman berusia lewat 40 an pada 8.20 malam.

Difahamkan, berlaku komplikasi ketika proses berkhatan diadakan apabila doktor tidak sengaja terlebih potong sehingga ke bahagian kepala kemaluan kanak-kanak tersebut.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM) untuk rawatan lanjut sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi melakukan penyambungan bahagian kemaluan yang terputus itu.

Kanak-kanak malang tersebut kini dilaporkan stabil dan masih menerima rawatan.

Keluarga mangsa membuat laporan polis di Pondok Polis HKL atas saranan pihak hospital kerana dipercayai terdapat unsur kecuaian.

Bagaimanapun, doktor berkenaan turut membuat laporan di Balai Polis Batu 9 dan mengaku terlebih potong kemaluan mangsa secara tidak sengaja.


Difahamkan, semakan mendapati klinik itu masih belum didaftarkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana tidak memiliki borang B atau sijil kebenaran dari KKM untuk membuka klinik.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang ACP Othman Nanyan mengesahkan kejadian tersebut dan beberapa saksi telah dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kejadian.

“Setakat ini tiada sebarang tangkapan dibuat dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 338 Kanun Keseksaan kerana perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain dan jika didapati bersalah boleh dipenjara selama 2 tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori